Oleh Sufian Abdul Hadi sukan@utusan.com.my
MOHD. Shukor Adan (kanan) turun dengan misi menghadiahkan
kejuaraan sulung buat Felda, manakala Mohd. Razman Roslan mahu mengembalikan
Piala FA kepada Pahang selepas 8 tahun.
SHAH ALAM - Mohd. Shukor Adan turun bersama misi untuk
membantu Felda United melakar sejarah merangkul kejuaraan Piala FA buat kali
pertama, manakala Mohd. Razman Roslan mahu mengembalikan trofi itu kepada
Pahang selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 2006.
Biarpun Felda dilabel sebagai pasukan underdog, Shukor
percaya, status tersebut membuatkan dia lebih bersemangat untuk membuktikan
skuad The Fighters mampu melakar kejutan.
Pemain tengah yang berasal dari Melaka itu mengakui,
semangat pasukannya kini membara setelah dianggap pasukan bukan pilihan dalam
perlawanan di Shah Alam, malam ini.
"Bagi saya, dilabel sedemikian tidak memberi masalah
untuk jadi juara. Sebelum ini pun mereka tak jangka kami layak sehingga ke
tahap ini.
"Ini membuktikan meskipun berstatus kelab, kami
dapat menjalankan tugas yang terbaik untuk The Fighters. Memang ramai yang
ramal Pahang akan menang, tapi itu tidak mematahkan semangat kami," kata
kapten The Fighters itu pada sidang akhbar menjelang final Piala FA di Stadium
Shah Alam, semalam.
Sementara itu kapten Pahang, Razman mahu rakan-rakan
sepasukan beraksi pada tahap terbaik bagi memastikan Tok Gajah dapat menjuarai
Piala FA selepas kali terakhir memiliki trofi tersebut, lapan tahun lalu.
Pemain pertahanan itu berkata, jenteranya sudah bersedia
sepenuhnya dan menasihatkan mereka supaya tidak memandang rendah kepada The
Fighters."Memang kami tidak sabar untuk beraksi di final dan pemain telah
bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi.
"Kita perlu fokus setiap minit. Masing-masing perlu
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas," kata pemain berusia 29 tahun
itu.
RUJUKAN-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140607/su_01/Misi-berbeza-2-kapten#ixzz33ufLjPkm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan