04 Januari 2015 12:08 AM
Muhammad SHUKOR ADAN (tengah),
Bojan Miladinovic (kiri) dan Indra
Muhammad SHUKOR ADAN (tengah),
Bojan Miladinovic (kiri) dan Indra Putra Mahayuddin memperagakan jersi baharu
yang bakal digunakan oleh Felda United dalam saingan musim baharu Liga Malaysia
2015 di Institut Semarak Felda Bangi, kelmarin.
KUALA LUMPUR – “Saya tidak rasa
usia akan menjejaskan prestasi dan saya akan teruskan perjuangan selagi masih
bernafsu.”
Itu kata-kata penuh semangat
ketua pasukan Felda United, Shukor Adan menjelang musim baharu Liga Malaysia
yang akan dibuka bulan depan.
Menurut Shukor, dia tidak melihat
usianya yang akan menjangkau 36 tahun pada 24 September ini sebagai penghalang
untuk terus bermain.
Malah, tonggak pertahanan yang
juga kapten Harimau Malaya ketika muncul naib juara Piala AFF, Disember lalu
itu turut memasang impian besar untuk membantu The Fighters meraih
sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.
“Apa yang penting sekarang ini
adalah komitmen, tanggungjawab kepada pasukan dan kerjasama yang mana ia perlu
ditingkatkan bagi merealisasikan misi ini,” katanya.
Dia ditemui dalam sidang akhbar
selepas sesi memperkenalkan pemain dan jersi baharu Felda United di Institut
Semarak Felda, Bangi, kelmarin.
Shukor berkata, misi untuk
merangkul satu piala musim ini bukan perkara yang sukar dan pemain juga tidak
melihat sasaran itu sebagai suatu tekanan.
“Bagi saya, ia bukan sesuatu yang
sukar tetapi ia memerlukan kerjasama serta komitmen penuh daripada keseluruhan
pemain.
“Jika dilihat, saingan musim ini
lebih sukar dan kesemua pasukan mahukan kejayaan, jadi kami semua perlu
mempamer aksi secara konsisten sepanjang musim 2015 ini.
“Saya lihat, sudah sampai masanya
Felda United membuktikan bahawa mereka berada dalam kelasnya yang tersendiri
musim ini,” katanya.
Sementara itu, Felda yang
menampilkan aksi cemerlang musim lalu dengan menjadi naib juara Piala FA,
selain berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, mensasarkan untuk
layak ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini.
Bagi merealisasikan impian itu,
The Fighters perlu memenangi sekurang-kurang satu kejuaraan sama ada Liga
Super, Piala FA atau Piala Malaysia.
Pengerusi Felda yang juga Penaung
Kelab Bola Sepak Felda United, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, sasaran itu
dibuat selepas mengambil kira prestasi cemerlang yang ditunjukkan pasukan itu
sepanjang musim lalu.
“Sekiranya layak, Felda United
bukan sahaja akan mewakili Felda malahan akan mewakili Malaysia .
“Ia secara tidak langsung juga
akan membantu Felda untuk terus dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan