Selasa, 3 April 2018 | 9:53pm

KAPTEN FELDA United, Shukor Adan
(kanan) berkata, kekuatan utama The Fighters adalah membentuk persefahaman
mantap dan lebih padu di bahagian serangan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
The Fighters sedia sekat PKNP:
Shukor
Oleh Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KUANTAN: Kapten FELDA United,
Shukor Adan tidak memandang mudah keupayaan PKNP FC apabila kedua-dua pasukan
bertemu pada suku akhir pertama Piala FA di Batu Kawan, Pulau Pinang, Sabtu
ini.
"Fokus utama kami di tempat
lawan adalah tidak membenarkan PKNP menjaringkan gol sebagai bekalan pada suku
akhir kedua di Jengka nanti.
"Ini kerana PKNP bukannya
pasukan yang mudah ditewaskan kerana mereka sudah pasti semakin matang apabila
beraksi dalam Liga Super musim ini.
"Berada pada tahap ini
memerlukan komitmen tinggi dan kami perlu bekerja keras untuk memastikan
kemenangan pada suku akhir pertama," jelas pertahanan berpengalaman itu.
Shukor berkata, kekuatan utama
The Fighters adalah membentuk persefahaman mantap dan lebih padu di bahagian
serangan.
"Beraksi di laman sendiri
memberi kelebihan kepada PKNP dan tidak boleh pulang dengan kekalahan jika mahu
meneruskan misi ke separuh akhir.
"Musim ini, kami tidak boleh
lagi terlepas peluang dan sekadar berada di suku akhir kerana kami mampu meraih
pencapaian lebih bagus," katanya.
SUMBER=BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
3 April 2018 | 9:53pm