MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Pertahanan Melaka United,
Shukor Adan menafikan wujud isu pelantikan kapten pasukan itu bagi mengharungi
saingan Liga Malaysia musim depan.
Walaupun dia ditugaskan sebagai
jeneral padang pada babak pertama aksi pramusim berdepan Selangor United dan
Safiq Rahim pada babak kedua, namun Shukor menganggap pelantikan kapten masih
belum dimuktamadkan.
Isu kapten hangat diperkatakan
peminat kerana skuad Hang Tuah memiliki empat bekas kapten Harimau Malaya.
Selain Shukor dan Safiq, mereka turut memiliki Razman Roslan dan Khairul Fahmi
Che Mat.
“Ketua jurulatih Zainal Abidin
Hassan meminta saya memakai lilitan kapten pada aksi itu malam tadi sebagai
anak kelahiran bumi Hang Tuah.
“Selepas 20 tahun ini juga aksi
pertama saya bersama Melaka di depan penyokong sendiri, selama ini saya dilihat
sebagai ‘musuh’ mereka. Apa pun buat masa ini saya sahkan belum ada keputusan
mutlak mengenai pelantikan kapten,” katanya.
Baginya, semua pemain layak
mengetuai skuad itu termasuk Safiq, Razman dan Khairul Fahmi berdasarkan
pengalaman luas masing-masing, walaupun ada desakan penyokong yang mahukan dia
menjadi kapten.
Justeru, dia menyerahkan isu
pelantikan itu kepada pengurusan pasukan dan jurulatih.
Sementara itu, Shukor terkejut
melihat kehadiran ramai peminat ke Stadium Hang Jebat, Paya Rumput menyaksikan aksi
persahabatan yang dimenangi mereka 3-2.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 30 Disember 2018 @ 1:16 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan