Sabtu, 22 Februari 2020

Kuala Lumpur tidak kecewa

MyMetroArena
 
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
PERTEMUAN persahabatan dengan pasukan Pahang di Stadium Darulmakmur, malam tadi membongkar kelemahan yang masih terdapat dalam skuad Kuala Lumpur sebelum aksi pertama saingan Liga Perdana, minggu depan.

Ini ditegaskan ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berpuas hati dengan pertemuan pemanas badan itu walaupun skuad bimbinganya tewas 1-3 kepada tuan rumah yang sememangnya memiliki banyak kelebihan.

Katanya, pada lapan perlawanan persahabatan sebelum ini skuad The Hawks mencatat kemenangan bergaya membenam semua lawan yang bertindak menurunkan barisan pemain simpanan.

Namun pada pertemuan dengan Tok Gajah malam tadi katanya, tuan rumah tampil menurunkan kesebelasan utama termasuk kelibat lima pemain import.

“Saya berpuas
Beliau berkata, akan berusaha memperbaiki beberapa kelemahan sebelum berhadapan perlawanan pertama bertemu Kelantan di tempat lawan pada Sabtu minggu depan.

Mohd Nidzam berkata, dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain yang ada mampu mengalas cabaran The Hawks musim ini, kelibat pemain senior Indra Putra Mahyuddin dan Shukor Adan terus ditagih untuk menjadi kemudi pada setiap perlawanan dilalui.

“Saya berharap misi mencatat kejayaan membanggakan pada saingan Liga Perdana musim ini menjadi kenyataan dalam usaha menempati diri dalam kancah Liga Super tahun depan.

“Cabaran Liga Super tidak terlalu berat jika dibandingkan dengan kempen Liga Super yang membariskan pasukan terbaik negara,” katanya yang ingin menjulang Piala Liga Perdana bersama pasukan The Hawks.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:59 PM

Rabu, 19 Februari 2020

Shukor, Indra Putra mampu realisasikan misi Kuala Lumpur

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 17 Februari 2020


Indra Putra (belakang tiga dari kiri) dan Shukor Adan (belakang tiga dari kanan) sebelum aksi persahabatan menentang Kedah di Alor Setar baru-baru ini. - Foto Kuala Lumpur FA
GANDINGAN dua pemain ‘otai’ Mohd Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin mampu memperkuatkan cabaran Kuala Lumpur dalam merealisasikan misi ke Liga Super 2021.


Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Ketua Jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff berkata, kehadiran bekas pemain kebangsaan itu juga diharapkan menjadi inspirasi kepada para pemain muda skuad The Hawks musim ini.

Malah menurut Muhammad Nidzam, pengalaman luas kedua-dua pemain itu boleh dimanfaatkan bagi membimbing pemain-pemain muda berkenaan seterusnya memacu skuad warga kota itu.

“Shukor dan Indra Putra adalah pemain yang bagus. Usia ternyata bukan penghalang untuk mereka terus beraksi cemerlang sehingga ke hari ini.

“Secara peribadi, saya melihat kedua-dua pemain ini dapat membantu pasukan terutamanya membimbing pemain-pemain muda Kuala Lumpur sekali gus membantu kita untuk kembali ke saingan Liga Super musim depan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Untuk rekod, Shukor, 40 dan Indra Putra, 39, adalah antara pemain paling berusia dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pernah digandingkan bersama bermula ketika mewakili skuad Bawah 23 tahun negara pada saingan Sukan SEA 2001 lalu.

Sementara itu, Muhammad Nidzam berkata, dia masih perlu melakukan beberapa penambahbaikan terhadap skuad kendaliannya itu bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing pada saingan musim ini.

Katanya, dia mengenalpasti terdapat beberapa kelemahan yang harus dibaiki selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.[1]


[1] https://www.sinarharian.com.my/article/70388/BERITA/Sukan/Shukor-Indra-Putra-mampu-realisasikan-misi-Kuala-Lumpur