MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PERTAHANAN berpengalaman Shukor
Adan adalah bintang yang dilahirkan untuk menjadi ketua di atas padang serta
mempunyai karisma yang jarang dijumpai pada mana-mana pemain lain.
Demikian pandangan rakan
seangkatan Shukor, Norhafiz Zamani Misbah yang melihat ciri kepimpinan Shukor
sebagai istimewa yang menyebabkan dia masih mampu meneruskan karier walaupun
usia sudah menjangkau 41 tahun.
Katanya, Shukor sentiasa menjadi
pemain dihormati kawan dan lawan malah sentiasa bijak mengawal benteng pasukan
jika beraksi selaku pemain pertahanan tengah.
"Saya dan Shukor sudah
mengenali antara satu sama lain sejak beraksi dalam skuad Piala Presiden Negeri
Sembilan pada 1998 dan bermain dalam pasukan utama pada 2000 serta 2001 selepas
dia berhijrah dari Melaka pada waktu itu.
"Sejak menjadi rakan
sepasukan di awal karier, saya sudah dapat melihat ciri istimewa Shukor yang
kekal sampai hari ini. Apa yang saya paling kagum dengan Shukor ialah dia ada
auranya tersendiri kerana kalau berikan arahan atau naikkan semangat, semua
pemain mudah dengar apa dia katakan,"katanya.
Selepas 2001 menjadi tahun
terakhir mereka bersama, Norhafiz dan Shukor sekali lagi bergandingan di Negeri
Sembilan,10 tahun selepas itu pada musim 2011 dan 2012.
Shukor menjadi salah seorang
bintang dalam Best XI Norhafiz yang disenaraikan sebagai pemain tengah di dalam
formasi 3-5-2 yang menjadi pilihan bekas tonggak kebangsaan berkenaan.
Mohd Syamsuri Mustafa diletakkan
sebagai penjaga gol pilihan sementara tiga pemain pertahanan ialah Khairil
Zainal, Khairul Anuar Baharom dan B.Rajinikandh.
Selain Shukor yang bertindak
sebagai sebagai pemain tengah bertahan, Azrul Amri Burhan dan Gus Cerro turut
menjadi pilihan Norhafiz manakala Rosdi Talib di bahagian kiri sementara Indra
Putra Mahayuddin diletakkan bahagian kanan. B
Bekas penyerang Kuala Lumpur, Selangor
dan Negeri Sembilan, Azman Adnan serta penyerang PJ City Safee Sali
melengkapkan senarai Best XI Norhafiz.
Seorang lagi pemain yang turut
meraih perhatian Norhafiz ialah Azrul Amri Burhan yang pernah beraksi
bersamanya pada musim 2003 dan 2004.
"Azrul salah seorang pemain
mempunyai keupayaan teknikal mengagumkan, dia salah seorang pemain tengah
paling kreatif sewaktu di puncak kariernya.
"Ketepatan hantaran jauh
serta pendek Azrul begitu tinggi dan jarang sekali dia gagal melakukan hantaran
tidak tepat kepada rakan sepasukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 3 Jun 2020 @ 5:18 PM.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan