MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

KEDAH bangkit
merampas tiga mata apabila menyudahkan aksi perlawanan ke-14 Liga Super dengan
kemenangan selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Darul Aman malam
tadi.
Dua gol yang
dihasilkan Kedah berjaya membawa skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ini kembali
ke tangga ketiga liga selepas gagal mempertahankannya pada perlawanan bertemu
Selangor Rabu lalu.
Pada aksi
penuh bersemangat ini, Kedah memulakan percubaan melalui pemain muda Fayadh
Zulkifli yang hampir membuka gol pertama namun percubaannya berjaya dihalang
keluar oleh pertahanan Melaka.
Semangat Lang
Merah yang mahu mencari gol awal tersekat apabila kesempatan sepakan percuma
yang diperolehi pihak lawan pada minit ke-31 tidak disia-siakan Safiq Rahim dan
disudahi dengan tandukan oleh penyerang Luka Mikunovic untuk gol pembukaan.
Kedah cuba
bangkit mencari gol pada hujung babak pertama melalui pemain import Jonatan
Bauman yang menerima umpanan Baddrol Bakhtiar, namun hantaran itu gagal
disambar kemas Bauman yang berdepan corak disiplin oleh benteng pasukan Melaka.
Bermula babak
kedua, Kedah meneruskan usaha pada minit ke-54 dengan percubaan Farhan Roslan
yang menerima hantaran Fernando Rodriguez dari ruang kanan pintu gol Melaka
United namun percubaan Farhan agak lemah dan tersasar ke kiri pintu gol lawan.
Penantian gol
Kedah berakhir pada minit ke-60 apabila bola hantaran Jonatan Bauman yang
singgah ke ruang kiri pintu gol Melaka dimanfaatkan dengan tandukan cantik
menewaskan penjaga gawang Melaka Khairul Fahmi Che Mat.
Serangan
bertali arus tuan rumah banyak mencemaskan kubu Melaka selepas motivasi gol
pertama yang dihasilkan Baddrol Bakhtiar.
Melaka terus
tertekan apabila Kedah berjaya menambah gol kedua melaui sentuhan Farhan Roslan
pada minit ke-71 yang membawa bola ke kekawasan penalti dan percubaan liciknya gagal
ditampan kemas oleh benteng Melaka Jang Sukwon yang tertolak bola ke gawang
sendiri.
Kedudukan 2-1
kekal hingga ke hujung perlawanan menyaksikan Kedah kembali menyaingi kedudukan
tiga pasukan teratas Liga Super.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 12:10 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan