MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
BEKAS pemain Melaka Shukor Adan
menarik balik afidavit berkaitan tuntutan gaji terhadap bekas majikannya iaitu
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).
Perkara terbabit disahkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain berkenaan sudah mendapat
bayaran tunggakan gajinya sebelum ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart
Ramalingam menjelaskan penarikan semula afidavit yang dibuat Shukor itu
menunjukkan perkembangan positif proses penyelesaian isu tunggakan gaji dalam
Liga Malaysia (Liga M).
“Kita mengucapkan terima kasih
kepada MUSA dan Shukor kerana berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan
sememangnya itu yang kita mahukan.
“Dalam surat penarikan yang
dikemukakan Shukor juga, dia berterima kasih kepada FAM. Kami di pihak FAM
hanya membantu semua pihak sama ada pasukan atau pemain.
“Namun, berdasarkan perkara ini
sekurang-kurangnya langkah atau pendekatan yang diambil FAM dalam mencari penyelesaian
(isu tunggakan gaji) nampak positif,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro,
hari ini.
Pada 6 Januari lalu, Shukor
mengemukakan afidavit kepada FAM berkaitan tuntutan tunggakan gajinya bersama
pasukan Melaka United.
MUSA bagaimanapun perlu memastikan
segala isu tunggakan lain dapat diselesaikan sebelum Jumaat ini sekiranya tidak
mahu berdepan pemotongan tiga mata oleh FAM.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 26 January 2020 @ 7:04 PM
Jangkitan Koronavirus meningkat,
80 maut di China
MyMetroUtama
Beijing: Kerajaan China
mengesahkan kes jangkitan koronavirus meningkat kepada 2,744 dengan kematian
mencecah 80 orang setakat pagi ini.
AFP melaporkan, kerajaan negara
terbabit turut menyambung cuti perayaan Tahun Baharu Cina kepada Ahad depan.
Majlis Negeri berkata, langkah
terbabit diambil bagi membantu mengelak penularan wabak berkenaan yang semakin
meningkat.
“Cuti yang menyaksikan 100 juta
orang keluar seluruh negara bagi melawat keluarga sempena perayaan ini akan
berakhir pada Khamis minggu ini.
“Namun, kerajaan akan menyambung
cuti itu kepada 2 Februari ini,” katanya.
Sementara itu, media tempatan
pula melaporkan, lima kes jangkitan terbaharu berlaku di Beijing termasuk dua
bayi berusia sembilan bulan serta dua tahun.
Menteri Suruhanjaya Kesihatan
China Ma Xiaowei berkata, sebanyak 2,400 katil ditambah di hospital dan lebih
5,000 lagi katil dijangka ditambah dalam masa tiga hari akan datang.
“Seramai 2,300 doktor dan jururawat
ketenteraan dihantar ke Wuhan bagi merawat pesakit.
“Memerangi wabak itu bukanlah
sesuatu yang mudah kerana ia boleh merebak dengan cepat walaupun dalam tempoh
inkubasi.
“Malah, ia bertambah kritikal
apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat
pesakit terpaksa kitar semula topeng muka,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 January 2020 @ 10:12 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan