SUKAN»Bola
Khamis, 16 Januari 2020 | 11:44pm

Shukor Adan (kiri) dan Syahrul
selepas penyelesaian tunggakan gaji di Melaka, hari ini ini. - NSTP/Nazri Abu
Bakar.
MUSA lunas tunggakan gaji
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA) sudah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2019 membabitkan
kesemua pemain tempatannya.
Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad
Rashidi Othman berkata, bayaran berjumlah RM1.1 juta itu turut membabitkan
pemain yang tidak disambung kontrak dan yang masih bersama pasukan untuk musim
2020.
Namun menurutnya, cuma tunggakan
membabitkan tujuh pemain import masih belum diselesaikan dan dijangka akan
dilunaskan dalam tempoh terdekat.
“Segalanya berjalan lancar dan
semua pemain dan bekas pemain amat berpuas hati dengan langkah berkenaan
walaupun sedikit lewat menerusi penyusunan jawatankuasa baharu,” kata Mohamad
Rashidi.
“Dengan bayaran berkenaan
membuktikan janji presiden MUSA Damian Yeo dan pengurusan untuk menyelesaikan
tunggakan akhirnya menjadi kenyataan.”
Sementara itu, penolong pengurus
Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, Shukor Adan yang mewakili bekas pemain Melaka
2019 turut mengucapkan terima kasih di atas usaha Damian menyelesaikan gaji
yang tertunggak berkenaan.
Damian turut merakamkan
penghargaan di atas kerjasama Shukor sepanjang mewakili pasukan Hang Tuah.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan