Selasa, 17 March 2015 | 12:10am
3 calon kapten pilihan Shukor
Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perdebatan makin
panas mengenai isu siapa layak memakai lilitan lengan selaku kapten baharu
skuad Harimau Malaya.
Shukor Adan yang sudah pun
mengumumkan persaraan selepas Piala AFF Suzuki 2014 tampil bersuara dia
bercadang ada tiga calon mampu mengisi tempatnya mengetuai rakan sepasukan.
Apa yang pasti ketua jurulatih,
Dollah Salleh harus memilih sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa
menentang Oman di Stadium Seeb, 26 Mac ini.
Kem latihan pusat skuad
kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula, petang esok.
Shukor menilai tiga calon itu
berpandu kepada kemampuan serta karakter mereka baik dalam padang mahu pun di
luar.
Trio calon itu adalah dua pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, 28, dan Amri Yahyah, 34, serta rakan
sepasukannya di FELDA United, Indra Putra Mahayuddin, 34.
Namun Shukor berkata, Safiq yang
pernah menjadi kapten Harimau Malaya dari 2010 hingga 2013 ketika di bawah
jurulatih Datuk K Rajagobal, termasuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010 adalah
calon utama untuk menggantikannya.
"Saya rasa ramai yang boleh
jadi kapten. Masing-masing ada karakter dan wataknya. Saya rasa tidak jadi
masalah kerana ada empat hingga pemain senior yang masih boleh beraksi dan
menjadi kapten.
PEMAIN Harimau Malaya, Amri
Yahyah. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
"Kalau saya rasa yang layak,
mungkin Safiq calon utama bagi saya. Sebelum ini dia pernah jadi kapten dan
tahun ini kita dapat lihat Safiq beraksi amat baik selepas Piala Suzuki AFF
2014.
"Dia dalam proses mendaki
dan membantu JDT apabila beraksi dengan cemerlang. Lepas apa yang kita lihat,
calon utama ialah Safiq. Tapi terpulang kepada jurulatih (Dollah) yang lebih
berhak.
"Amri dan Indra juga layak
jadi kapten. Tapi kalau kita lihat, nampak cenderung kepada Safiq kerana di
peringkat kelab dan antarabangsa, dia memiliki karakter," kata Shukor
kepada BH Online, semalam.
Shukor, 36, yang kini beraksi
dalam Liga Super bersama FELDA United mengumumkan persaraan daripada pentas
antarabangsa selepas aksi final kedua bertemu Thailand di Stadium Nasional,
Bukit Jalil, 20 Disember lalu.
Kem latihan pusat skuad
kebangsaan bermula, petang esok dan sesuatu akan isu mengenai kapten baharu
bakal diketahui.
Shukor turut mencabar muka-muka
baharu yang dipanggil Dollah kali ini, antaranya dua pemain muda dari skuad
Liga Perdana JDT II, Akram Mahinan, 22, dan Che Rashid Che Halim, 21, serta
pemain sayap FELDA United, Ahmad Syamim Yahya, 25, yang pertama kali tersenarai
dapat menunjukkan sesuatu.
PEMAIN Harimau Malaya, Indra
Putra Mahayuddin. - Foto Effendy Abd Rashid
"Mungkin Dollah tak panggil
beberapa muka lama kerana nak beri peluang kepada muka-muka baharu ini. Yang
tak terpilih seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Hafiz
Kamal dan Badhri Radzi sebenarnya masih dalam perancangan Dollah.
"Cuma ini untuk satu
perlawanan saja bertemu Oman. Jadi muka-muka baharu harus menunjukkan kepada
Dollah yang keputusan jurulatih itu menyenaraikan mereka adalah tepat.
"Peluang sudah diberi.
Jangan nanti apabila gunakan pemain yang sama saja, orang akan pertikai Dollah
tak beri peluang kepada pemain-pemain generasi baharu ini," tegas Shukor.
Selain itu, turut kembali
dipanggil menyertai skuad kebangsaan ialah S Chanturu dan Junior Eldstal (JDT),
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) dan Joseph Kalang Tie (Sarawak) sambil Dollah
hanya mengekalkan 13 pemain dari skuad Piala Suzuki AFF 2014 untuk senarai 20
pelatihnya kali ini.
KAPTEN pasukan Johor Darul Takzim
(JDT), Safiq Rahim. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
"Sesuatu yang positif saya
hormati Dollah, dia akan melihat semua perlawanan walaupun Liga Perdana. Jadi
apa yang kita lihat, Dollah nampak pemain yang berkualiti.
"Sebab itu dia beri peluang
kepada Syamim untuk membuktikan kemampuannya di pentas antarabangsa. Jika lihat
prestasinya kebelakangan ini bersama FELDA United, memang dia berhak dipanggil.
Sebagai rakan sepasukan, saya rasa bangga," jelas Shukor.
INFO
Profil tiga calon kapten Harimau
Malaya
SAFIQ RAHIM
Umur: 28 tahun
Tarikh lahir: 5 Julai 1987
Tempat lahir: Seremban, Negeri
Sembilan
>Posisi: Tengah
>Pasukan semasa: JDT
Pasukan pernah diwakili:
Selangor, KL PLUS
AMRI YAHYAH
Umur: 34 tahun
Tarikh lahir: 21 Januari 1981
Tempat lahir: Tanjung Karang,
Selangor
Posisi: Penyerang/sayap/tengah
Pasukan semasa: JDT
Pasukan pernah diwakili: Selangor
INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
>Umur: 34 tahun
Tarikh lahir: 2 September 1981
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Posisi: Penyerang/sayap
Pasukan semasa: FELDA United
Pasukan pernah diwakili: Perak,
Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan