Nazri Abu
Bakar
sukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Bekas
kapten skuad bola sepak Malaysia, Mohd Shukor Adan yakin skuad kebangsaan bakal
muncul juara Piala AFF pada edisi kali ini.
Malah
berdasarkan persembahan Harimau Malaya yang meningkat daripada setiap
perlawanan bermula peringkat awal hingga ke separuh akhir, beliau yakin tiada
masalah untuk Malaysia muncul juara.
Menurutnya,
dengan taktikal efektif menerusi daya saing tinggi, kawalan bola dan permainan
yang proaktif, beliau melihat edisi kali ini adalah kesempatan terbaik buat
Malaysia mengulangi kejayaan 2010.
“Apa yang
pasti gabungan pemain muda dan senior berjaya membentuk persefahaman jitu skali
gus menutup kelemahan yang ada berikutan
mereka mampu menampung kekurangan rakan ketika diasak atau mengasak.
“Cuma jangan
terlalu yakin dengan persembahan dicipta sebelum ini, sebaliknya terus fokus
untuk memastikan Malaysia mampu menewaskan Vietnam pada aksi pertama di Stadium
Nasional Bukit Jalil malam esok,” katanya.
Beliau
berkata, jika dilihat setiap persembahan pasukan dalam perlawanan yang
diharungi sebelum ini, skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe memiliki ramuan
cukup untuk mengecewakan Vietnam.
Malah, ianya
ruang terbaik buat pasukan negara menebus kekalahan kepada lawan sama pada
peringkat kumpulan.
Sementara itu,
rakannya Safiq Rahim juga melihat aksi final kali ini membuka ruang luas buat
Malaysia mengulangi kejayaan 2010.
Katanya,
pemain harus membina persembahan mengikut arahan jurulatih seperti yang
dilakukan sebelum ini untuk menampilkan persembahan cemerlang mereka.
Baginya,
kejayaan mengecewakan Thailand pada peringkat separuh akhir adalah motivasi
tinggi buat pemain mengharungi aksi final nanti.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 4:54 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan