31 Disember 2018 11:19 AM
melaka united
Usia yang semakin meningkat bukan
halangan bago Shukor (kiri) berazam mencapai kejayaan bersama Sang Kancil. -
Gambar fail/Foto oleh AZLAN BAHRUM
MELAKA - Bekas kapten kebangsaan,
Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC
selepas kembali menabur bakti di negeri kelahirannya pada saingan Liga Malaysia
musim depan.
Pemain berusia 39 tahun itu
berkata, usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola
sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu kejayaan bersama skuad Sang
Kancil.
"Bila saya dan pemain-pemain
baharu datang ke sini (Melaka United) kami datang bukan hanya untuk 'makan
gaji' tetapi bersama pasukan ini kita mahu mendapatkan kejayaan yang boleh
dibanggakan.
"Dengan sokongan padu oleh
penyokong-penyokong, kita sudah pasti tidak mahu menghampakan harapan mereka,
kami akan berusaha untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir dan menempatkan
kedudukan pasukan ini dalam kelompok terbaik," katanya kepada Bernama.
Pemain pertahanan itu berkata,
mereka juga memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian antara pemain tempatan
dan juga pemain import bagi mempersiapkan sebuah pasukan yang terbaik.
Katanya, buat masa ini beliau
berharap penyokong tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi tetapi mereka
sedaya upaya berusaha untuk mempamerkan sesuatu untuk dibanggakan.
Shukor berkata, berkenaan sesiapa
akan menjadi ketua pasukan, perkara itu tidak perlu dijadikan sesuatu isu dan
ia terpulang kepada Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk menentukan
siapa yang bakal mengemudi pasukan itu dalam saingan musim depan.
"Sama ada Safiq (Rahim),
Razman (Roslan) ataupun saya itu tidak perlu dijadikan isu, semua memiliki
kelebihan masing-masing, apa yang penting kita lakukan adalah memikirkan
bagaimana cara untuk naikkan pasukan ini," katanya.
Sementara itu, Safiq berkata,
beraksi dengan pasukan baharu beliau mahu memberikan yang terbaik bersama rakan
sepasukan selain mengikut segala perancangan jurulatih di padang.
"Kebanyakan ramai muka-muka
baharu dalam pasukan ini, namun apa yang penting kita bekerjasama dan saya akan
membantu Melaka United," katanya. – Bernama
SUMBER-KOSMO ONLINE 31 Disember
2018 11:19 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan