SHUKOR (dua dari kiri) bersalaman
dengan kapten pasukan Hanoi FC, Gonzalo Marronkle selepas sidang akhbar di Shah
Alam semalam yang turut dihadiri Sathianathan (kiri) dan jurulatih Hanoi FC,
Chu Dinh Nghiem.
KAPTEN skuad Felda United, Shukor
Adan menyifatkan kehadiran jurulatih baharu, B. Sathianathan mampu memainkan
peranan penting dalam misi mengembalikan semula imej pasukan tersebut.
Bekas pemain kebangsaan berusia
37 tahun itu berkata, para pemain dapat menerima segala arahan diberikan bekas
jurulatih kebangsaan itu dan hasilnya skuad The Fighters belum lagi tewas dalam
tiga pertemuan terakhir Liga Super musim ini.
Sathianathan dilantik sebagai
jurulatih baharu Felda United bagi menggantikan Azmi Mohamed pada 20 Februari
lepas.
"Bagi saya, kehadiran
jurulatih Sathianathan banyak memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan
sebelum ini dan hasil didikan beliau, pasukan kami masih belum kalah dalam tiga
perlawanan terakhir liga domestik.
"Pasukan kami memang
memerlukan seorang jurulatih berpengalaman seperti beliau dan apa saya dapat
lihat, semua pemain boleh menerima setiap arahan yang diberikan," kata
Shukor pada sidang akhbar menjelang aksi peringkat Kumpulan G kempen Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Hanoi FC di Shah Alam semalam.
Sehubungan itu, dia menggesa
rakan-rakan sepasukannya agar memberikan aksi terbaik pada kempen Piala AFC itu
untuk mengutip tiga mata pertama, sekali gus menghidupkan peluang layak ke
pusingan seterusnya.
"Kita tidak mahu lagi
kehilangan mata pada aksi di laman sendiri. Selepas sesi latihan pagi tadi
(semalam), jurulatih memberikan taklimat mengenai perlawanan esok (hari ini)
dan saya berharap semua pemain dapat memberikan yang terbaik," katanya.
Felda United menduduki tangga
tercorot Kumpulan G selepas tewas kepada kelab Singapura, Tampine Rovers 1-2,
manakala Hanoi FC di kedudukan ketiga dengan satu mata selepas seri 1-1 dengan
kelab Filipina, Ceres-Negros.
Dalam pada itu, Shukor berkata, faktor
kurang pengalaman bermain pada Piala AFC merupakan sebab utama Felda United
tewas 1-2 pada perlawanan pembukaan menentang Tampines Rovers sebelum ini.
KOSMO ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan