ARKIB : 13/08/2006
KUALA LUMPUR Ketua pasukan,
Muhammad Shukor Adan adalah antara empat pemain yang dikekalkan oleh
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Liga Super Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.
Tiga lagi pemain yang
dikekalkan dalam rombakan besar-besaran skuad Merah Kuning ialah tiga pemain
muda yang bermain di bahagian pertahanan iaitu Mohd. Fadhil Mohd. Hashim, Mohd.
Razman Roslan dan P. Gunalan.
Keputusan sebulat suara itu
dicapai pada mesyuarat pengurusan Liga Super Selangor yang dipengerusikan oleh
Datuk Abdul Fatah Iskandar Isnin lalu.
Selain empat pemain tersebut
yang dikekalkan, pengurus pasukan, Datuk Satim Diman dan jurulatih, Dollah
Salleh turut mendapat mandat daripada jawatankuasa terbabit untuk terus
mengemudi Selangor yang berwajah baru membariskan pemain bawah 23 tahun.
Ini bermakna sebahagian besar
pemain senior serta bintang sensasi dari Indonesia, Bambang Pamungkas dan Ellie
Aiboy yang membawa sinar buat Selangor menjulang tiga kejuaraan musim lalu,
digugurkan terus untuk kempen musim akan datang.
Mengenai pemain lain yang
tidak dilanjutkan kontrak, FAS telah mengadakan pertemuan untuk menamatkan
kontrak mereka yang berakhir 31 Disember ini, lebih awal bagi memudahkan mereka
mencari pasukan lain.
Bagi beberapa pemain yang
mempunyai dua tahun kontrak, perbincangan turut diadakan untuk membayar
pampasan, kata sumber itu lagi.
Keputusan mengekalkan empat
pemain tersebut sekali gus menamatkan spekulasi tindakan drastik yang diambil
oleh Presiden FAS, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menggugurkan skuad musim
ini.
Skuad Selangor, yang merangkul
Piala FA, Piala Malaysia dan menjuarai Liga Perdana musim lalu, gagal
mempertahankan semua kejuaraan itu musim ini
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4mAHiBvnb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan