MyMetroArena

BERNAMA
PERSATUAN
Bolasepak Melaka United (MUSA) hari ini menafikan pasukan itu berbelanja besar
bagi menghadapi Liga Super musim depan seperti dilapor portal media tempatan
semalam, kata Presidennya Damian Yeo.
Beliau
berkata, dakwaan itu tidak tepat kerana beliau sendiri mengambil inisiatif
berunding terus dengan pemain disaksikan ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan
serta pegawai kewangan MUSA dan sudah menjimatkan RM50,000 sebulan selepas
menandatangani kontrak dengan tujuh pemain setakat ini.
“Saya akan
memberikan terma termasuk alternatif (kepada pemain) dan sekiranya tidak
berpihak kepada persatuan, ia ditolak bagi memastikan keadilan kepada semua
pihak termasuk MUSA, penaja, penyokong dan kebajikan pemain.
“Namun
pengurangan (kos) itu tidak bermakna kualiti bola sepak Melaka akan menurun,
tapi akan memberi saingan yang lebih hebat untuk musim Liga Malaysia 2020,”
katanya di Melaka hari ini.
Portal berita
itu melaporkan MUSA memberi bayangan akan berbelanja besar sekali lagi
menjelang persiapan Liga Malaysia musim depan selepas kurang daripada 10 pemain
musim ini ditawarkan kontrak semusim lagi bersama kem hijau putih itu.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 2:21 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan