MyMetroNode

Kuala Lumpur: Felda United
merampas kedudukan teratas Liga Super daripada juara bertahan, Johor Darul
Ta'zim (JDT) setelah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Selangor di Stadium
Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.
Keputusan itu dibantu keputusan
seri 2-2 dicatat JDT ketika berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,
Kota Bharu.
Kemenangan menyaksikan Felda
United mengumpul 18 mata manakala JDT turun ke tangga kedua carta Liga Super
dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan.
Pada aksi di Jengka, Felda United
memecah kebuntuan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Muhammad Hadin Azman
yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali
Pasukan pelawat berjaya
menyamakan kedudukan m-70 menerusi penyerang import dari Liberia, Patrick
Ronaldinho Wleh namun Felda United memastikan rekod tanpa kalah di laman
sendiri menerusi jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-74 dan Francis Forkey
Doe, selang dua minit kemudian.
Di Kota Bharu JDT gagal
mempertahankan kelebihan dua gol untuk sekadar seri 2-2 dengan Kelantan.
Pasukan pelawat mengejutkan
Kelantan menerusi jaringan pembukaan Juan Martin Lucero pada m-9 sebelum
penyerang kelahiran Argentina itu menggandakan jaringan untuk JDT pada m-52.
Kedudukan tidak bertahan lama
apabila bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin merapatkan defisit
jaringan selang seminit kemudian sebelum Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
menyelamatkan maruah skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dengan gol
penyamaan pada minit ke-67.
Esok, tiga lagi aksi Liga Super
akan berlangsung membabitkan pertemuan antara Perak dan Pahang FC di Stadium
Perak, Ipoh; Sarawak dan Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching selain
pertemuan dua pasukan utara tanah air, Kedah dan Pulau Pinang di Stadium Darul
Aman, Alor Setar. Bernama
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 9 April 2016 @ 12:11 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan