SITI SARAH MD
NOOR | | 24 Disember 2019
Shukor akan
menjalani ujian kecergasan terlebih dulu sebelum secara rasmi ditawarkan
kontrak untuk menyarung jersi The City Boys. - Foto: Shukor Adan Official
BEKAS kapten
Harimau Malaya, Shukor Adan hampir pasti menjadi milik skuad warga kota - Kuala
Lumpur bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 yang bakal bermula 28
Februari depan.
Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, Shukor
akan menjalani ujian kecergasan terlebih dulu sebelum secara rasmi ditawarkan
kontrak untuk menyarung jersi The City Boys.
"Buat
masa ini, kita masih belum pastikan penyertaan pemain, kita masih mencari
pemain yang sesuai untuk pasukan. KLFA baru sahaja mendapat presiden dan
barisan exco baharu, jadi pembentukan pasukan agak lewat sedikit.
"Bagaimanapun,
kita tetap membuat persiapan dengan mengadakan latihan dan sesi pemilihan
pemain. Apa yang boleh saya katakan, paling awal keputusan dapat dibuat awal
Januari depan," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Nokman
berkata, kehadiran Shukor yang sebelum ini menyarung jersi Melaka United dan
beberapa muka baharu diharapkan dapat membawa Kuala Lumpur kembali beraksi
dalam saingan Liga Super.
"Seperti
yang kita semua tahu, Shukor merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman.
Jadi dengan pengalaman yang ada padanya, kita harap dia dapat membantu
rakan-rakan sepasukannya yang lebih muda.
"Selain
itu, kita juga masih menaruh kepercayaan kepada Indra (Putra Mahayuddin).
Pengalaman luas Indra dan juga Shukor amat penting bagi memacu kejayaan
pasukan.
"Kita
memang meletakkan sasaran untuk kembali bersaing dalam Liga Super. Presiden
(Khalid Abd Samad) juga meletakkan sasaran yang sama. Dengan adanya mereka ini,
saya harap kita dapat merealisasikan impian itu," ujarnya.
Pada masa
sama, Nokman memberitahu, barisan kejurulatihan Kuala Lumpur yang kini
diterajui pengendali baharu, Nidzam Adzha Yusoff sedang mencari pengganti
penggempur berbisa, Guilherme de Paula yang berhijrah ke Perak.
“Setakat ini,
kita hanya mengekalkan seorang pemain import, Paulo Josue. Barisan
kejurulatihan masih menilai beberapa pemain luar negara untuk dinilai sebelum
kita membuat sebarang keputusan," ujarnya.
SUMBER-Artikel
Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/63177/BERITA/Sukan/Pengalaman-Shukor-taruhan-The-City-Boys
© 2018
Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan