Simpan Artikel
MyMetroArena

mohdsyazwan@hmetro.com.my
DIBARISI
tonggak kuda tua tidak menghalang skuad Kuala Lumpur memasang impian untuk
mencipta kejayaan pada saingan Liga Perdana musim depan termasuk memastikan
pasukan itu kembali ke kancah Liga Super 2021.
Setiausaha
Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata,
kemasukan dua pemain berpengalaman membabitkan bekas kapten Melaka, Shukor Adan
dan pemain PJ City, S Subramaniam dilihat mampu menyelesaikan masalah di
bahagian pertahanan Kuala Lumpur yang dilihat longlai sebelum ini.
Beliau
berkata, walaupun kemasukan dua pemain itu menyebabkan skuad City Boy dibarisi
‘kuda tua’, pengurusan percaya kemampuan serta kebolehan mereka dalam
memastikan kubu pasukan terus kekal kental pada saingan liga nanti.
“Saya lihat
tidak ada masalah meletakkan kepercayaan kepada pemain sudah berusia kerana
mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing ketika beraksi bersama pasukan
sebelum ini.
“Keputusan
diambil berdasarkan persetujuan banyak pihak dan pengalaman yang ada pada
mereka turut boleh dimanfaatkan pemain muda nanti,” katanya ketika dihubungi
Arena Metro, di sini.
Selain Shukor
dan Subramanian, skuad City Boy turut meletakkan kepercayaan kepada tonggak
mereka Indra Putra Mahayuddin yang sudah mencecah usia 37 tahun untuk terus
mengemudi bahagian serangan pasukan.
Selain itu,
Kuala Lumpur meletakkan sasaran untuk kembali ke kancah Liga Super pada musim
2021 sekali gus akan memastikan barisan pemain lebih mantap pada saingan 2020.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 12:03 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan