Ahad, 4 Jun 2017

Shukor, Jamsari ceriakan Selangor



ARKIB : 13/09/2005
KUALA LUMPUR - Selangor yang masih segar dengan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menyingkirkan Public Bank, tambah ceria dengan kehadiran semula ketua pasukan, Muhammad Shukor Adan dan penjaga gol utama, Jamsari Sabian.

Khidmat kedua-dua tonggak utama Selangor itu amat diperlukan menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.

Jamsari bebas daripada penggantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah sewaktu pertemuan dengan Pulau Pinang.

Shukor pula disahkan pulih daripada penyakit kronik yang pada mulanya dikhuatiri menyebabkab pemain itu terpaksa berehat hingga hujung musim ini.

Bagi jurulatih, Dollah Salleh, kehadiran semula kedua-dua tonggak tersebut cukup melegakan menjelang pertemuan penting dengan Terengganu.

``Saya lega Shukor disahkan oleh doktor boleh beraksi semula manakala Jamsari pula lepas daripada penggantungan.

``Memang saya cukup gembira dengan adanya kedua-dua pemain ini apa lagi perlawanan penting bertemu Terengganu untuk Selangor menang selesa sebelum bertandang ke tempat lawan Sabtu ini,'' ujarnya.

Kehadiran Shukor akan memperkuatkan semula bahagian tengah Selangor yang tampak kurang bertenaga pada separuh akhir kedua Piala FA.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4j1VyS4DD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan