ARKIB : 21/09/2007
KUALA LUMPUR Hanya dua orang akan dikecualikan daripada skuad bola
sepak negara seramai 28 orang bagi siri perlawanan persahabatan di
Perth, Australia sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Piala Dunia
2010, bulan depan.
Calon terdekat mungkin Shukor Adan yang sukar pulih daripada kecederaan dan perlu menanti keputusan imbasan Institut Sukan Negara hari ini selain seorang lagi berdasarkan prestasi latihan fasa pertama selama seminggu di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Jurulatih negara, B. Sathianathan berkata, cuma 26 pemain bakal dibawa ke kem latihan pusat di Perth itu menentang pilihan bawah 23 tahun Australia Barat pada 28 September ini, Perth Glory (2 Oktober), Ashfeld (5 Oktober) dan Floreat Athena (9 Oktober).
Diletakkan sebagai pilihan ke-31 oleh Gabungan Bola Sepak Asia, Malaysia akan menentang Bahrain dalam perlawanan pusingan pertama pada 21 dan 28 Oktober ini dengan lawan selaku pilihan keenam itu akan bermain sebagai tuan rumah terlebih dulu.
Kami perlu tunggu keputusan pemeriksaan kecederaan Shukor di Bukit Jalil itu. Jika dia perlu direhatkan, saya akan cari ketua pasukan Malaysia yang baru menerusi siri perlawanan persahabatan di Perth, katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Setakat ini, calon ketua pasukan tampak akan diambil alih sama ada Norhafiz Zamani Misbah, K. Nanthakumar atau Azi Shahril Azmi yang mungkin diuji secara bergilir-gilir bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia dan Sukan SEA Korat, Disember ini.
Khidmat Zamani dan Nanthakumar yang turut beraksi dalam Piala Asia, tidak boleh diteruskan ke Sukan SEA yang hanya membenarkan pemain berusia bawah 23 tahun sekali gus Azi Shahril akan memimpin pasukan di Korat dengan pengalamannya meraih pingat gangsa di Filipina, dua tahun lalu.
Sathianathan turut mengesahkan pemain kedua yang bakal dikecualikan ke Perth tidak melibatkan ketiga-tiga penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein, Nasril Nourdin dan Farizal Marlias kerana mereka perlu kerap diuji dengan kesemua kelab Australia itu sebagai pendedahan menjelang menentang Bahrain.
Katanya, sesi latihan fasa pertama hingga Ahad ini mulai pukul 10 malam lebih menekankan soal kecergasan biarpun ia dijangka agak menurun memandangkan ramai pemain beragama Islam yang menjalani ibadat puasa pada sebelah siangnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan