Ahad, 22 Oktober 2017 | 12:44pm

KAPTEN FELDA United, Shukor
Adan mengakui Kedah mempunyai pemain tempatan berkualiti apabila masih berjaya
melangkah ke final Piala Malaysia meskipun kehilangan dua tonggak pemain import
pada perlawanan separuh akhir kedua semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir
Pemain tempatan Kedah
berkualiti: Shukor
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
ALOR SETAR: Kapten FELDA
United, Shukor Adan mengakui Kedah mempunyai pemain tempatan berkualiti apabila
masih berjaya melangkah ke final Piala Malaysia meskipun kehilangan dua tonggak
pemain import pada perlawanan separuh akhir kedua semalam.
Biarpun dua gol yang dihasilkan
Kedah dalam aksi di Stadium Darul Aman menerusi pemain import Brazil, Sandro
Mendonca, pasukan tuan rumah masih hebat tanpa pemain perancang, Liridon
Krasniqi dan penyerang, Ken Ilso.
Skuad kendalian Nidzam Adzha
Yusoff itu hanya menurunkan pemain muda Farhan Roslan dan Syafiq Ahmad bagi
mengisi kekosongan itu dan percaturan itu berjaya membawa mereka layak ke final
buat kali ketiga berturut-turut menerusi agregat 3-1.
"Bagi saya pemain agak
kecewa, apa yang kita buat pada babak pertama tak menjadi, nampak Kedah lebih
bagus.
"Saya harus mengucapkan
tahniah kepada pemain Kedah walaupun tanpa pemain import, mereka masih
mempamerkan aksi-aksi yang baik dan masih ada lagi pemain tempatan yang
berkualiti," kata Shukor.
PEMAIN Kedah, Syafiq Ahmad
(kiri) mengawal bola daripada direbut pemain FELDA United, Dino Djulbic pada
saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman. - Foto Amran
Hamid
Kekalahan itu cukup
mengecewakan Shukor, 38, yang mengimpikan final kelapan Piala Malaysia dalam
karier dengan empat kejuaraan.
Dia tidak menafikan tuah tidak
memihak kepada FELDA biarpun bangkit bermain lebih baik pada separuh masa
kedua.
"Selepas mendengar
kata-kata daripada jurulatih Sathianathan ketika rehat, kami bermain dengan
lebih baik pada separuh masa kedua tapi tak ada rezeki untuk menjaringkan gol,
peluang yang kita ada terkena palang dan diselamatkan penjaga gol Kedah,"
kata bekas pemain kebangsaan itu.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad,
22 Oktober 2017 | 12:44pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan