ARKIB : 25/08/2007
SHAH ALAM - Lesotho tetap
menghormati Malaysia selaku tuan rumah selain mempunyai kelebihan bermain di
tempat sendiri namun itu tidak menjadi penghalang buat mereka mahu menang dalam
perlawanan terakhir Kumpulan A pada Kejohanan Pesta Bola Merdeka Edisi ke-39 di
Stadium MBPJ, malam ini.
Peningkatan mendadak selepas
menang 3-1 ke atas Laos menyakinkan kembali skuad Lesotho betapa hanya
kemenangan bakal menjanjikan tempat mereka ke separuh akhir.
Jurulatihnya, Motheo Mohapi
berkata, keinginan barisan pemainnya begitu tinggi untuk melangkah ke separuh
akhir walaupun dalam perlawanan pertama tunduk 0-1 kepada Myanmar.
Kami hendak menang walaupun
berdepan tugas rumit berdepan Malaysia selaku tuan rumah ini tidak menghalang
daripada pemain saya mahu mempamerkan aksi lebih menarik.
Kami sudah cukup bersedia
dengan apa juga rintangan yang bakal Malaysia sediakan dan kami akan memastikan
kemenangan berpihak kepada kami, ujarnya dalam sidang akhbar di sini,
semalam.
Lesotho dan Malaysia akan
bersaing untuk menang dalam misi hidup mati bagi melangkah kaki ke separuh
akhir.
Malah Mohapi menyedari betapa
Malaysia di bawah kendalian jurulatih B. Sathianathan akan memberikan saingan
paling getir untuk menang perlawanan malam ini.
Beliau berkata, keseluruhan
pemainnya sudah cukup bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengimbangi
setiap posisi skuad kebangsaan.
Buat jurulatih Lesotho itu
beliau jelas gerun dengan kelibat dua pemain tengah, Mohd. Shukor Adan dan
Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak yang dianggap sangat lincah.
Mereka ini sangat pantas dan
bijak mengatur gerakan dan mencipta ruang, dua pemain ini yang perlu pemain
saya awasi.
Jika boleh kedua-dua pemain
ini perlu disekat daripada menguasai bola, ujarnya lagi.
Tanpa memberitahu pemain yang
ditugaskan untuk mengekang setiap gerakan Mohd. Shukor dan Mohd. Zaquan, Mohapi
yakin anak didiknya mampu menyekat kedua-dua pemain tersebut.
Beliau mengakui pertemuan malam
ini bakal menjanjikan aksi paling menarik.
Katanya, pemainnya pula semakin
menunjukkan peningkatan jauh lebih baik sewaktu tunduk kepada Myanmar.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vPXJQOU6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan