ARKIB : 22/09/2007
Oleh: AMRAN MULUP
KUALA LUMPUR Ketua pasukan
dan perancang utama, Shukor Adan terpaksa diketepikan daripada menggalas
cabaran skuad bola sepak kebangsaan berdepan Bahrain dalam pusingan kelayakan
Piala Dunia pada 21 dan 28 Oktober ini.
Nama perancang utama skuad
kebangsaan yang mengemudi Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka ke-39 bulan
lalu terpaksa disisihkan setelah doktor perubatan mengesahkan kecederaan otot
yang terkoyak di bawah perut pemain itu hanya pulih dalam enam minggu.
Tempoh tersebut melihat
jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan terpaksa membuat keputusan menyisihkan
nama Shukor mengikuti latihan di Australia Isnin ini dan menyarung jersi
menentang Bahrain.
Sathianathan berkata, beliau
kecewa terpaksa melepaskan Shukor dalam keadaan terpaksa memandangkan
kecederaan pemain itu memerlukan tempoh lama untuk pulih.
Ini adakah khabar paling
tidak menggembirakan buat saya. Ini satu kehilangan yang besar tanpa ketua
pasukan dan perancang utama berdepan Bah- rain.
Atas nasihat doktor saya
terpaksa melepaskan Shukor untuk dia berehat dan menjalani rawatan pemulihan selam
enam minggu.
Agak mengecewakan saya
kehilangan Shukor dalam situasi penting berdepan Bahrain bulan depan apa pun
saya masih ada pengganti yang sesuai walaupun tidak setanding dia, ujar
Sathianathan, semalam.
Sathiananthan berkata,
pengalaman serta kualiti corak permainan milik pemain Selangor itu menjadi
suntikan semangat barisan muda kebangsaan yang muncul juara di Pesta Bola
Merdeka lalu.
Sehubungan itu, katanya, sesi
latihan di Australia bermula Isnin ini akan memberi tumpuan mencari pemain yang
akan mengisi tempat Shukor.
Beliau berkata, dalam benak
fikirannya hanya ada tiga pemain mampu mengisi kekosongan itu, mereka ialah
Norsharul Talaha, Safiq Rahim dan Azi Sharil.
Antara mereka bertiga,
masing-masing ada kelebihan tersendiri dan saya akan melihat aksi mereka
sepanjang sesi latihan di Australia, ujarnya.
Pelatih kebangsaan akan
berangkat ke Perth, Australia daripada 24 September hingga 10 Oktober ini untuk
menjalani latihan kerana ia adalah sebahagian dari pada persiapan menghadapi Bahrain.
Sewaktu kunjungan di Perth
skuad ke bangsaan dijadual beraksi dalam tiga perla wanan bertemu Pilihan
Australia Barat pada 28 atau 29 September ini, pasukan Liga A, Perth Glory (2
Oktober), Ashfield (5 Oktober).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4vfbd9m6a
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan