Selasa, 30 Januari 2018 8:00 AM
Oleh: SURYATI MOHD NOR
KUALA LUMPUR: Kapten Felda
United, Muhammad Shukor Adan mengakui umur bukan penghalang untuk terus
mencurahkan bakti kepada kelab yang diwakilinya.
Bekas pemain pertahanan
kebangsaan ini bakal menyambut kelahiran ke-39 pada September depan dan
dianggap pemain paling senior dalam skuad kendalian Liga Perdana,
B.Sathianathan.
“Walaupun sudah berumur 39 tahun,
saya masih diberi keizinan oleh-Nya untuk terus berlari. Jadi lupakan fasal
umur.
“Yang penting sekarang misi yang
telah ditetapkan oleh persatuan supaya melangkah balik ke Liga Super tahun
depan.
“Malah kita mesti menjuarai salah
satu piala sama ada Piala FA atau Piala Malaysia,” ujar pemain kelahiran Melaka
ini.
Mengenai cabaran Liga Perdana
musim ini, Shukor yang telah menyarung jersi Felda United sejak 2014 mengakui
ia bukan tugas mudah.
“Semua pasukan adalah kuat dan
bagi saya setiap pasukan akan berusaha lebih untuk menewaskan Felda United.
“Tahun ini bukan mudah. Kami kena
beri 100 peratus atau 300 peratus untuk saingan musim ini.
“Dan kami juga tidak memandang
rendah kepada setiap perlawanan yang dilalui. Kami anggap semua pasukan adalah
kuat seperti dalam Liga Super,” tambahnya.
Jelas Shukor, dia gembira kerana
jurulatih mempunyai ramuan tersendiri untuk memantapkan skuadnya.
“Adunan pemain baharu yang
berkualiti sejak musim lalu menjadikan kami lebih yakin untuk beraksi.
“Malah pemain-pemain baharu juga
menunjukkan azam yang tinggi untuk mengembalikan kelab ke Liga Super tahun
depan,” kata Shukor.
SUMBERBaca lebih lanjut di
https://www.mstar.com.my/sukan/2018/01/30/shukor-adan/#R2SBoZD3h4bJjcAI.99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan