Ahad, 29 Disember 2019

FELDA, Kelantan sama handal

Simpan Artikel
MyMetroNode
 
Azlan Hafeedz
sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Impian Kelantan untuk mencipta kemenangan pertama ke atas FELDA United terbantut apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Turun dengan keazaman tinggi, Kelantan ternyata gagal menyaingi kehebatan pelawat yang dilihat lebih menguasai permainan sebaik babak pertama bermula.

Tandukan ke belakang pemain import Kelantan Morgaro Gomis mengundang padah apabila Francis Forkey Doe bijak memanfaatkan peluang itu dengan ledakan gol pada minit ke-8.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, skuad kendalian Velizar Popov berusaha mengatur serangan namun skrip sama terus berulang dengan gandingan penyerang Kelantan Blazhe Ilijoski dan Wanderer Luiz gagal melakukan penyudah berkesan.

Ketiadaan dua bek kental Kelantan Muslim Ahmad dan Jonathan McKain akibat kecederaan menyebabkan barisan pertahanan diketuai Norhafiz Zamani Misbah terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus pelawat.

Suasana di padang semakin ‘panas’ apabila pemain kedua-dua pasukan semakin agresif hingga memaksa pengadil Saiful Mohd Rodzali kerap menghentikan perlawanan.

Pertahanan Kelantan terus dirundung malang apabila Nik Mohd Shahrulazim mengalami kecederaan serius selepas dirempuh pemain pelawat, Ahmad Syamim Yahya pada minit terakhir separuh masa pertama hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus galak melancarkan serangan ke kubu lawan dan hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-47 menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin namun diselamatkan penjaga gawang Mohd Farizal Harun.

Tuan rumah yang semakin tertekan terus mengatur serangan tetapi mudah dipatahkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Luiz dari luar kotak penalti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:43 AM


Sabtu, 28 Disember 2019

PENJARING TERBANYAK PIALA FA 2014 SELEPAS PERLAWANAN PERTAMA


Sabtu, 28 Disember 2019 | 10:38pm

Bekas pemain Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah. - NSTP/Adzlan Sidek
KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my

 KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengatur satu pertemuan bersama Norhafiz Zamani Misbah bagi mencapai kata sepakat baharu dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit membabitkan tunggakan gaji.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, bayaran RM15,000 yang dibuat sebelum ini adalah salah satu usaha diambil pihaknya untuk meringankan beban dipikul pemain.
"Kita faham apa yang dihadapi pemain dan bayaran itu pun sebahagian inisiatif kita untuk bantu pemain yang kami masih berhutang. Hanya itu (RM15,000) yang boleh kita dahulukan dan bukan niat untuk persendakan.

"Memang kita terkejut bila dia hantar semula duit itu. Tetapi dalam usaha menyelesaikan masalah, kita akan cuba aturkan pertemuan dengannya dalam masa terdekat ini.

"Dalam pertemuan itu kita akan berbincang semula untuk dapatkan persetujuan," katanya ketika dihubungi.

BH Sukan kelmarin melaporkan Norhafiz bertindak memulangkan semula RM15,000 kepada persatuan terbabit.

Ia berikutan pemain itu tidak pernah bersetuju untuk sebarang pengurangan mahupun bayaran secara ansuran membabitkan tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000.

"Bukan dengan dia saja, kami juga ada mengadakan perbincangan dengan pemain lain untuk selesaikan masalah ini dan ia akan terus dilakukan.

"Sasaran kita adalah untuk selesaikan kesemua hutang sebelum berakhirnya musim 2020," kata Hussin.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/642226/kafa-mahu-jumpa-norhafiz-selesai-masalah

Pengalaman Shukor taruhan The City Boys


SITI SARAH MD NOOR | | 24 Disember 2019
Shukor akan menjalani ujian kecergasan terlebih dulu sebelum secara rasmi ditawarkan kontrak untuk menyarung jersi The City Boys. - Foto: Shukor Adan Official
BEKAS kapten Harimau Malaya, Shukor Adan hampir pasti menjadi milik skuad warga kota - Kuala Lumpur bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 yang bakal bermula 28 Februari depan.


Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, Shukor akan menjalani ujian kecergasan terlebih dulu sebelum secara rasmi ditawarkan kontrak untuk menyarung jersi The City Boys.


"Buat masa ini, kita masih belum pastikan penyertaan pemain, kita masih mencari pemain yang sesuai untuk pasukan. KLFA baru sahaja mendapat presiden dan barisan exco baharu, jadi pembentukan pasukan agak lewat sedikit.

"Bagaimanapun, kita tetap membuat persiapan dengan mengadakan latihan dan sesi pemilihan pemain. Apa yang boleh saya katakan, paling awal keputusan dapat dibuat awal Januari depan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nokman berkata, kehadiran Shukor yang sebelum ini menyarung jersi Melaka United dan beberapa muka baharu diharapkan dapat membawa Kuala Lumpur kembali beraksi dalam saingan Liga Super.

"Seperti yang kita semua tahu, Shukor merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman. Jadi dengan pengalaman yang ada padanya, kita harap dia dapat membantu rakan-rakan sepasukannya yang lebih muda.

"Selain itu, kita juga masih menaruh kepercayaan kepada Indra (Putra Mahayuddin). Pengalaman luas Indra dan juga Shukor amat penting bagi memacu kejayaan pasukan.

"Kita memang meletakkan sasaran untuk kembali bersaing dalam Liga Super. Presiden (Khalid Abd Samad) juga meletakkan sasaran yang sama. Dengan adanya mereka ini, saya harap kita dapat merealisasikan impian itu," ujarnya.

Pada masa sama, Nokman memberitahu, barisan kejurulatihan Kuala Lumpur yang kini diterajui pengendali baharu, Nidzam Adzha Yusoff sedang mencari pengganti penggempur berbisa, Guilherme de Paula yang berhijrah ke Perak.

“Setakat ini, kita hanya mengekalkan seorang pemain import, Paulo Josue. Barisan kejurulatihan masih menilai beberapa pemain luar negara untuk dinilai sebelum kita membuat sebarang keputusan," ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/63177/BERITA/Sukan/Pengalaman-Shukor-taruhan-The-City-Boys
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sabtu, 21 Disember 2019

PERLAWANAN AKHIR KEDUA MALAYSIA (0) –LAWAN (2) THAILAND

OLEH-AHMAD YAAKOB

HARI              : SABTU 20 DISEMBER 2014
TEMPAT        : STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
MASA                        : 8.00 MALAM
SIARAN
LANGSUNG : TV9 DAN ASTRO FOX SPORTS 812
RAMALAN   :MALAYSIA 3-0 THAILAND
BARISAN KEMUNGKINAN
MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
16 S.KUNALAN
27 FADHLI SHAS
12 SHUKOR ADAN
21 ZUBIR AZMI
08 SAFIQ RAHIM
14 BADHRI RADZI
19 AZAMUDDIN AKIL
13 INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
17 AMRI YAHYAH
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA.
THAILAND
KAWIN THAMSATCHANAN
NARUBODIN WEERAWATNODOM
ADISORN PROMPRAK
TANABON KESARAT
CHAYAPAT KITPHONGSRITHADA
PRAKIT DEEPORM
CHARYL CHAPIUS
CRASHANATHIP SONGKRASIN
KOEKRIT THAWEEKARN
SARUWUT MASUK
ADISAK KRAISORN.[1]


[1] “Harimau Malaya Tahu Kelemahan Gajah Perang”, Kosmo (Kuala Lumpur), 20 Disember 201,62.

Rabu, 18 Disember 2019

Aksi bulan puasa tak jejas badan - Shukor Adan


Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Kapten FELDA United, Shukor Adan menganggap beraksi pada bulan Ramadan bukan satu beban dan tidak menjadi masalah jika pemain bijak menyesuaikan diri  bagi memenuhi tuntutan sebagai umat Islam serta tanggungjawab sebagai pemain.

Malah, Shukor berkata, ia juga tidak menjejaskan prestasi seseorang pemain seandainya mereka mampu mengubahsuai pola pemakanan sepanjang menjalankan ibadah puasa.

"Saya bercakap bagi pihak diri sendiri bukan mewakili kawan-kawan (pemain) yang lain kerana saya tidak tahu bagaimana mereka menangani situasi ini.

"Setakat ini, berdasarkan pengalaman beraksi pada bulan puasa, ia tidak mendatangkan masalah besar kepada saya dan saya mampu menanganinya dengan baik tanpa menjejaskan ibadah puasa.

"Saya sentiasa meletakkan karier pemain bola sepak sebagai pekerjaan, periuk nasi saya. Jadi, sebagaimana orang lain, saya perlu meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja walaupun pada bulan Ramadan.

"Cuma bezanya, kalau pada bulan biasa kami menjalani latihan pada sebelah siang, sepanjang Ramadan jadual latihan ditukar pada malam.

"Saya bersyukur kerana jurulatih kami (B Sathianathan) sangat peka serta prihatin apabila hanya memulakan latihan selepas kami selesai mengerjakan solat tarawih," kata Shukor.

Pemain berusia 38 tahun itu juga mendedahkan dia mengamalkan cara pemakanan yang betul bagi memastikan kekal cergas sepanjang menjalani ibadah puasa.

"Saya mengambil makanan yang agak 'berat' ketika bersahur seperti nasi tapi makan secara sederhana atau ringan serta cepat hadam semasa berbuka bagi memastikan kekal cergas semasa berlatih atau beraksi dalam perlawanan.

"Di samping itu saya juga mengamalkan pengambilan bahan pemakanan tambahan serta banyak minum air putih. Inilah amalan saya selama ini, jadi bulan puasa tidak mendatangkan sebarang masalah kepada saya," kata pemain itu.

Sementara itu ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari mengakui kecergasannya sedikit terjejas sepanjang bulan Ramadan namun perlu menanganinya dengan bijak terutama dalam perlawanan.

"Sebagai pemain kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan sesuatu situasi. Contohnya, untuk bulan Ramadan, pemain perlu memperlahankan tempo permainan terutama pada tempoh antara 25 hingga 30 minit pertama bagi memastikan kami dapat bertahan sehingga 90 minit perlawanan.

"Sebagai pemain, saya akur dengan ketetapan penganjur meneruskan liga pada bulan puasa. Malah, ia bukan masalah besar kerana kami masih mampu menjalankan ibadah termasuk bersolat tarawih kerana latihan hanya bermula pada pukul 10 malam," kata Khairul Helmi.

Semalam, bekas pemain kebangsaan dan Kedah, Radhi Mat Din menggesa Liga Bolasepak Malaysia (MFL) lebih peka dengan merehatkan liga sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan komuniti bola sepak sama ada pemain mahupun penyokong memberi tumpuan kepada amal ibadat.[1]



[1]https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/05/430043/aksi-bulan-puasa-tak-jejas-badan-shukor-adan

SHUKOR ADAN 1995


Shukor Adan memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan mewakili pasukan bawah 18 tahun Melaka pada tahun 1995 sehingga 1998 . Pada tahun 1998 dia telah ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan ketika itu .[1]



[1] http://inform-bola.blogspot.com/2012/01/biodata-shukor-adan-kenali-pemain.html

Kuala Lumpur tak kisah 'kuda tua'


Simpan Artikel
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
DIBARISI tonggak kuda tua tidak menghalang skuad Kuala Lumpur memasang impian untuk mencipta kejayaan pada saingan Liga Perdana musim depan termasuk memastikan pasukan itu kembali ke kancah Liga Super 2021.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata, kemasukan dua pemain berpengalaman membabitkan bekas kapten Melaka, Shukor Adan dan pemain PJ City, S Subramaniam dilihat mampu menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Kuala Lumpur yang dilihat longlai sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun kemasukan dua pemain itu menyebabkan skuad City Boy dibarisi ‘kuda tua’, pengurusan percaya kemampuan serta kebolehan mereka dalam memastikan kubu pasukan terus kekal kental pada saingan liga nanti.

“Saya lihat tidak ada masalah meletakkan kepercayaan kepada pemain sudah berusia kerana mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing ketika beraksi bersama pasukan sebelum ini.

“Keputusan diambil berdasarkan persetujuan banyak pihak dan pengalaman yang ada pada mereka turut boleh dimanfaatkan pemain muda nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, di sini.

Selain Shukor dan Subramanian, skuad City Boy turut meletakkan kepercayaan kepada tonggak mereka Indra Putra Mahayuddin yang sudah mencecah usia 37 tahun untuk terus mengemudi bahagian serangan pasukan.

Selain itu, Kuala Lumpur meletakkan sasaran untuk kembali ke kancah Liga Super pada musim 2021 sekali gus akan memastikan barisan pemain lebih mantap pada saingan 2020.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 12:03 AM

Jumaat, 6 Disember 2019

STATISRIK AFF SUZUKI 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO
NAMA PEMAIN
1
2
3
4
5
6
GOL
KAP
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
/
/
/
/
-
-
0
4
02
AFIF AMIRUDDIN
/
/
-
-
G
-
0
3
04
MAHALI JASULI
/
/
/
/
-
-
0
4
21
MUHAMMAD ZUBIR AZMI
/
/
/
/
/
/
0
6
27
FADHLI SHAS
/
/
/
/
/
/
0
6
12
SHUKOR ADAN
K
K
K
-
1
K
1
5
15
GARY STEVEN ROBBAT
/
-
/
-
-
-
0
2
16
S.KUNALAN
/
/
-
/
/
/
0
5
19
AZAMUDDIN AKIL
/
/
/
/
/
/
0
6
09
NORSAHRUL IDLAN TALAHA
/
/
/
/
1
/
1
6
17
MOHD AMRI YAHYA
/
1
/
-
/
/
1
5
08
SAFIQ RAHIM
G
1
1
1
1
/
4
6
23
BADROL BAKHTIAR
G
-
-
-
G
G
3
13
INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
G
G
1
G
/
/
1
6
10
SAFEE SALI
-
/
1
/
-
G
1
4
03
HAFIZ KAMAL
-
G
G
/
-
-
0
3
14
MANAF MAMAT
-
G
G
G
-
G
0
4
24
MUSLIM AHMAD


/
/
G
-
0
2
14
BADHRI RADZI




/
/
0
2
01
FARIZAL MARLIAS
-
-
-
-
/
/
0
2
11
AZMI MUSLIM






0
28
MOHD KHAIRULAZHAN






0