Selasa, 22 September 2020

FELDA, Kelantan sama handal

 MyMetroNode



Azlan Hafeedz

sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Impian Kelantan untuk mencipta kemenangan pertama ke atas FELDA United terbantut apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Turun dengan keazaman tinggi, Kelantan ternyata gagal menyaingi kehebatan pelawat yang dilihat lebih menguasai permainan sebaik babak pertama bermula.

Tandukan ke belakang pemain import Kelantan Morgaro Gomis mengundang padah apabila Francis Forkey Doe bijak memanfaatkan peluang itu dengan ledakan gol pada minit ke-8.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, skuad kendalian Velizar Popov berusaha mengatur serangan namun skrip sama terus berulang dengan gandingan penyerang Kelantan Blazhe Ilijoski dan Wanderer Luiz gagal melakukan penyudah berkesan.

Ketiadaan dua bek kental Kelantan Muslim Ahmad dan Jonathan McKain akibat kecederaan menyebabkan barisan pertahanan diketuai Norhafiz Zamani Misbah terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus pelawat.

Suasana di padang semakin ‘panas’ apabila pemain kedua-dua pasukan semakin agresif hingga memaksa pengadil Saiful Mohd Rodzali kerap menghentikan perlawanan.

Pertahanan Kelantan terus dirundung malang apabila Nik Mohd Shahrulazim mengalami kecederaan serius selepas dirempuh pemain pelawat, Ahmad Syamim Yahya pada minit terakhir separuh masa pertama hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus galak melancarkan serangan ke kubu lawan dan hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-47 menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin namun diselamatkan penjaga gawang Mohd Farizal Harun.

Tuan rumah yang semakin tertekan terus mengatur serangan tetapi mudah dipatahkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Luiz dari luar kotak penalti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:43 AM


Ahad, 20 September 2020

BARISAN PEMAIN MALAYSIA YANG MENGALAHKAN SINGAPURA 3-1 PADA 26.11.14

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

NO

NAMA PEMAIN

KAPS

GOL

01

FARIZAL MARLIAS

26

0

22

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

0

02

AFIF AMIRUDDIN

04

0

04

MAHALI JASULI

41

02

21

MUHAMMAD ZUBIR AZMI

18

0

27

FADHLI SHAS

36

0

12

SHUKOR ADAN

51

03

15

GARY STEVEN ROBBAT

09

0

16

S.KUNALAN

54

0

19

AZAMUDDIN AKIL

27

4

09

NORSAHRUL IDLAN TALAHA

47

05

17

MOHD AMRI YAHYA

36

8

08

SAFIQ RAHIM

54

10

23

BADROL BAKHTIAR

32

3

13

INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

48

16

03

HAFIZ KAMAL

07

0

10

SAFEE SALI

63

22

11

AZMI MUSLIM

21

0

14

MANAF MAMAT

08

02

18

BADHRI RADZI

06

0

24

MUSLIM AHMAD

24

0

28

MOHD KHAIRULAZHAN KHALID

01

0


Ahad, 6 September 2020

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

AHAD 30.10.2011

Perlawanan Akhir 
Oktober 29, 2011 (Sabtu)

60

FINAL

Terengganu
Ashari Samsuddin (59')

1-2

Negeri Sembilan
S. Kunalan (81'), Hairuddin Omar (86')

Stadium Shah Alam

TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

N. SEMBILAN: Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, Hairuddin Omar.

Ahad, 7 Jun 2020

Karisma Shukor dihormati rakan dan lawan


MyMetroArena
 SHUKOR (tengah) mengasak bintang import Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur.
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


PERTAHANAN berpengalaman Shukor Adan adalah bintang yang dilahirkan untuk menjadi ketua di atas padang serta mempunyai karisma yang jarang dijumpai pada mana-mana pemain lain.

Demikian pandangan rakan seangkatan Shukor, Norhafiz Zamani Misbah yang melihat ciri kepimpinan Shukor sebagai istimewa yang menyebabkan dia masih mampu meneruskan karier walaupun usia sudah menjangkau 41 tahun.

Katanya, Shukor sentiasa menjadi pemain dihormati kawan dan lawan malah sentiasa bijak mengawal benteng pasukan jika beraksi selaku pemain pertahanan tengah.

"Saya dan Shukor sudah mengenali antara satu sama lain sejak beraksi dalam skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 1998 dan bermain dalam pasukan utama pada 2000 serta 2001 selepas dia berhijrah dari Melaka pada waktu itu.

"Sejak menjadi rakan sepasukan di awal karier, saya sudah dapat melihat ciri istimewa Shukor yang kekal sampai hari ini. Apa yang saya paling kagum dengan Shukor ialah dia ada auranya tersendiri kerana kalau berikan arahan atau naikkan semangat, semua pemain mudah dengar apa dia katakan,"katanya.

Selepas 2001 menjadi tahun terakhir mereka bersama, Norhafiz dan Shukor sekali lagi bergandingan di Negeri Sembilan,10 tahun selepas itu pada musim 2011 dan 2012.

Shukor menjadi salah seorang bintang dalam Best XI Norhafiz yang disenaraikan sebagai pemain tengah di dalam formasi 3-5-2 yang menjadi pilihan bekas tonggak kebangsaan berkenaan.

Mohd Syamsuri Mustafa diletakkan sebagai penjaga gol pilihan sementara tiga pemain pertahanan ialah Khairil Zainal, Khairul Anuar Baharom dan B.Rajinikandh.

Selain Shukor yang bertindak sebagai sebagai pemain tengah bertahan, Azrul Amri Burhan dan Gus Cerro turut menjadi pilihan Norhafiz manakala Rosdi Talib di bahagian kiri sementara Indra Putra Mahayuddin diletakkan bahagian kanan. B

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, Azman Adnan serta penyerang PJ City Safee Sali melengkapkan senarai Best XI Norhafiz.

Seorang lagi pemain yang turut meraih perhatian Norhafiz ialah Azrul Amri Burhan yang pernah beraksi bersamanya pada musim 2003 dan 2004.

"Azrul salah seorang pemain mempunyai keupayaan teknikal mengagumkan, dia salah seorang pemain tengah paling kreatif sewaktu di puncak kariernya.

"Ketepatan hantaran jauh serta pendek Azrul begitu tinggi dan jarang sekali dia gagal melakukan hantaran tidak tepat kepada rakan sepasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 5:18 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/585594/karisma-shukor-dihormati-rakan-dan-lawan

Sabtu, 22 Februari 2020

Kuala Lumpur tidak kecewa

MyMetroArena
 
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
PERTEMUAN persahabatan dengan pasukan Pahang di Stadium Darulmakmur, malam tadi membongkar kelemahan yang masih terdapat dalam skuad Kuala Lumpur sebelum aksi pertama saingan Liga Perdana, minggu depan.

Ini ditegaskan ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berpuas hati dengan pertemuan pemanas badan itu walaupun skuad bimbinganya tewas 1-3 kepada tuan rumah yang sememangnya memiliki banyak kelebihan.

Katanya, pada lapan perlawanan persahabatan sebelum ini skuad The Hawks mencatat kemenangan bergaya membenam semua lawan yang bertindak menurunkan barisan pemain simpanan.

Namun pada pertemuan dengan Tok Gajah malam tadi katanya, tuan rumah tampil menurunkan kesebelasan utama termasuk kelibat lima pemain import.

“Saya berpuas
Beliau berkata, akan berusaha memperbaiki beberapa kelemahan sebelum berhadapan perlawanan pertama bertemu Kelantan di tempat lawan pada Sabtu minggu depan.

Mohd Nidzam berkata, dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain yang ada mampu mengalas cabaran The Hawks musim ini, kelibat pemain senior Indra Putra Mahyuddin dan Shukor Adan terus ditagih untuk menjadi kemudi pada setiap perlawanan dilalui.

“Saya berharap misi mencatat kejayaan membanggakan pada saingan Liga Perdana musim ini menjadi kenyataan dalam usaha menempati diri dalam kancah Liga Super tahun depan.

“Cabaran Liga Super tidak terlalu berat jika dibandingkan dengan kempen Liga Super yang membariskan pasukan terbaik negara,” katanya yang ingin menjulang Piala Liga Perdana bersama pasukan The Hawks.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:59 PM

Rabu, 19 Februari 2020

Shukor, Indra Putra mampu realisasikan misi Kuala Lumpur

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 17 Februari 2020


Indra Putra (belakang tiga dari kiri) dan Shukor Adan (belakang tiga dari kanan) sebelum aksi persahabatan menentang Kedah di Alor Setar baru-baru ini. - Foto Kuala Lumpur FA
GANDINGAN dua pemain ‘otai’ Mohd Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin mampu memperkuatkan cabaran Kuala Lumpur dalam merealisasikan misi ke Liga Super 2021.


Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Ketua Jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adzha Yusoff berkata, kehadiran bekas pemain kebangsaan itu juga diharapkan menjadi inspirasi kepada para pemain muda skuad The Hawks musim ini.

Malah menurut Muhammad Nidzam, pengalaman luas kedua-dua pemain itu boleh dimanfaatkan bagi membimbing pemain-pemain muda berkenaan seterusnya memacu skuad warga kota itu.

“Shukor dan Indra Putra adalah pemain yang bagus. Usia ternyata bukan penghalang untuk mereka terus beraksi cemerlang sehingga ke hari ini.

“Secara peribadi, saya melihat kedua-dua pemain ini dapat membantu pasukan terutamanya membimbing pemain-pemain muda Kuala Lumpur sekali gus membantu kita untuk kembali ke saingan Liga Super musim depan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Untuk rekod, Shukor, 40 dan Indra Putra, 39, adalah antara pemain paling berusia dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pernah digandingkan bersama bermula ketika mewakili skuad Bawah 23 tahun negara pada saingan Sukan SEA 2001 lalu.

Sementara itu, Muhammad Nidzam berkata, dia masih perlu melakukan beberapa penambahbaikan terhadap skuad kendaliannya itu bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing pada saingan musim ini.

Katanya, dia mengenalpasti terdapat beberapa kelemahan yang harus dibaiki selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.[1]


[1] https://www.sinarharian.com.my/article/70388/BERITA/Sukan/Shukor-Indra-Putra-mampu-realisasikan-misi-Kuala-Lumpur

Ahad, 26 Januari 2020

Shukor tarik balik afidavit


MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

BEKAS pemain Melaka Shukor Adan menarik balik afidavit berkaitan tuntutan gaji terhadap bekas majikannya iaitu Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Perkara terbabit disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain berkenaan sudah mendapat bayaran tunggakan gajinya sebelum ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan penarikan semula afidavit yang dibuat Shukor itu menunjukkan perkembangan positif proses penyelesaian isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Kita mengucapkan terima kasih kepada MUSA dan Shukor kerana berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan sememangnya itu yang kita mahukan.


“Dalam surat penarikan yang dikemukakan Shukor juga, dia berterima kasih kepada FAM. Kami di pihak FAM hanya membantu semua pihak sama ada pasukan atau pemain.

“Namun, berdasarkan perkara ini sekurang-kurangnya langkah atau pendekatan yang diambil FAM dalam mencari penyelesaian (isu tunggakan gaji) nampak positif,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro, hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Shukor mengemukakan afidavit kepada FAM berkaitan tuntutan tunggakan gajinya bersama pasukan Melaka United.

MUSA bagaimanapun perlu memastikan segala isu tunggakan lain dapat diselesaikan sebelum Jumaat ini sekiranya tidak mahu berdepan pemotongan tiga mata oleh FAM.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 7:04 PM

Jangkitan Koronavirus meningkat, 80 maut di China
MyMetroUtama

Beijing: Kerajaan China mengesahkan kes jangkitan koronavirus meningkat kepada 2,744 dengan kematian mencecah 80 orang setakat pagi ini.

AFP melaporkan, kerajaan negara terbabit turut menyambung cuti perayaan Tahun Baharu Cina kepada Ahad depan.

Majlis Negeri berkata, langkah terbabit diambil bagi membantu mengelak penularan wabak berkenaan yang semakin meningkat.

“Cuti yang menyaksikan 100 juta orang keluar seluruh negara bagi melawat keluarga sempena perayaan ini akan berakhir pada Khamis minggu ini.

“Namun, kerajaan akan menyambung cuti itu kepada 2 Februari ini,” katanya.

Sementara itu, media tempatan pula melaporkan, lima kes jangkitan terbaharu berlaku di Beijing termasuk dua bayi berusia sembilan bulan serta dua tahun.

Menteri Suruhanjaya Kesihatan China Ma Xiaowei berkata, sebanyak 2,400 katil ditambah di hospital dan lebih 5,000 lagi katil dijangka ditambah dalam masa tiga hari akan datang.

“Seramai 2,300 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan bagi merawat pesakit.

“Memerangi wabak itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia boleh merebak dengan cepat walaupun dalam tempoh inkubasi.

“Malah, ia bertambah kritikal apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat pesakit terpaksa kitar semula topeng muka,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 10:12 AM

Khamis, 16 Januari 2020

MUSA lunas tunggakan gaji


SUKAN»Bola
Khamis, 16 Januari 2020 | 11:44pm
 
Shukor Adan (kiri) dan Syahrul selepas penyelesaian tunggakan gaji di Melaka, hari ini ini. - NSTP/Nazri Abu Bakar.
MUSA lunas tunggakan gaji
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) sudah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2019 membabitkan kesemua pemain tempatannya.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman berkata, bayaran berjumlah RM1.1 juta itu turut membabitkan pemain yang tidak disambung kontrak dan yang masih bersama pasukan untuk musim 2020.

Namun menurutnya, cuma tunggakan membabitkan tujuh pemain import masih belum diselesaikan dan dijangka akan dilunaskan dalam tempoh terdekat.

“Segalanya berjalan lancar dan semua pemain dan bekas pemain amat berpuas hati dengan langkah berkenaan walaupun sedikit lewat menerusi penyusunan jawatankuasa baharu,” kata Mohamad Rashidi.

“Dengan bayaran berkenaan membuktikan janji presiden MUSA Damian Yeo dan pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan akhirnya menjadi kenyataan.”

Sementara itu, penolong pengurus Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, Shukor Adan yang mewakili bekas pemain Melaka 2019 turut mengucapkan terima kasih di atas usaha Damian menyelesaikan gaji yang tertunggak berkenaan.

Damian turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama Shukor sepanjang mewakili pasukan Hang Tuah.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/647404/musa-lunas-tunggakan-gaji

Ahad, 12 Januari 2020

Pengalaman beraksi pada final bukan kelebihan – Shukor


SHAH ALAM – Perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini adalah yang ketiga berturut-turut buat ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan.

Lantaran itu, sekali lagi beraksi pada final hari ini sepatutnya bukan masalah besar buat Shukor dan rakan-rakan seangkatannya seperti Shahurain Abu Samah, Idris Karim dan Mohd. Aidil Zafuan yang telah bersama sejak tiga musim lalu.
Begitupun, kelebihan aspek tersebut tidak difikirkan oleh Shukor malahan menganggap kedua-dua pasukan berpeluang muncul sebagai pemenang hari ini.
“Bermain buat kali ketiga berturut-turut pada final Piala Malaysia bukan kelebihan muktamad.
“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.
“Tambahan pula berdepan Terengganu yang konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok bukan mudah, ” katanya.
Namun, adat bagi seorang pejuang, tiada istilah gentar kepada kekuatan Terengganu sebaliknya pemain berusia 32 tahun itu berjanji akan menggempur habis-habisan skuad Penyu.
“Saya dan pemain lain akan bermain habis-habisan untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia kembali ke Negeri Sembilan,” katanya.

Azraai selesa status underdog


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

PEMAIN Negeri Sembilan menjalani latihan terakhir di Shah Alam semalam sebelum berdepan Terengganu pada final Piala Malaysia hari ini.
                                          
SHAH ALAM - Seperti bermain psikologi, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai pasukan underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super, membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.
"Terengganu sebuah pasukan yang bagus. Mereka merupakan juara Piala FA dan naib juara Liga Super. Ia menunjukkan mereka adalah sebuah pasukan yang mantap.
"Berbanding Negeri Sembilan, kami agak terumbang-ambing dalam saingan Liga Super dan Piala FA, namun kami tidak mahu itu dijadikan sebagai alasan bagi menghadapi Terengganu.
"Memandangkan ini merupakan perlawanan akhir, kami akan memberikan segala-galanya jika mahu menang, tiada lagi pilihan lain, " kata Azraai pada sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.
Jika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, Azraai berkata, mereka sudah bersedia mengharungi apa kemungkinan termasuk penentuan penalti.
"Kalau boleh saya mahu perlawanan selesai dalam 90 minit tetapi jika itu tidak berlaku, kami bersedia bermain dalam masa tambahan walaupun Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain otai (berusia).
"Perlawanan dengan Felda United pada peringkat suku akhir kedua telah membuktikan kami mampu bermain dengan baik walaupun bermain dalam masa tambahan dan mampu muncul sebagai pemenang.
"Kami juga telah bersedia daripada segi mental dan fizikal seandainya sepakan penalti menjadi pemutus kemenangan antara kedua-dua pasukan, tidak ada masalah, " katanya.

Terengganu jadi pilihan, NS mantap



KUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.
Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.
Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.
Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.
Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.
“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.
“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.
“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.