Label
- GOLSHUKOR
- JUARA PIALA MALAYSIA
- KAPTEN MALAYSIA 2014
- KETUA PASUKAN
- SHUKOR ADAN1995
- SHUKOR ADAN1998
- SHUKOR ADAN2000
- SHUKOR ADAN2001
- SHUKOR ADAN2002
- SHUKOR ADAN2003
- SHUKOR ADAN2004
- SHUKOR ADAN2005
- SHUKOR ADAN2006
- SHUKOR ADAN2007
- SHUKOR ADAN2008
- SHUKOR ADAN2009
- SHUKOR ADAN2010
- SHUKOR ADAN2011
- SHUKOR ADAN2012
- SHUKOR ADAN2013
- SHUKOR ADAN2014
- SHUKOR ADAN2015
- SHUKOR ADAN2016
- SHUKOR ADAN2017
- SHUKOR ADAN2018
- SHUKOR ADAN2019
- SHUKOR ADAN2020
Isnin, 27 Januari 2020
Ahad, 26 Januari 2020
Shukor tarik balik afidavit
MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
BEKAS pemain Melaka Shukor Adan
menarik balik afidavit berkaitan tuntutan gaji terhadap bekas majikannya iaitu
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).
Perkara terbabit disahkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain berkenaan sudah mendapat
bayaran tunggakan gajinya sebelum ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart
Ramalingam menjelaskan penarikan semula afidavit yang dibuat Shukor itu
menunjukkan perkembangan positif proses penyelesaian isu tunggakan gaji dalam
Liga Malaysia (Liga M).
“Kita mengucapkan terima kasih
kepada MUSA dan Shukor kerana berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan
sememangnya itu yang kita mahukan.
“Dalam surat penarikan yang
dikemukakan Shukor juga, dia berterima kasih kepada FAM. Kami di pihak FAM
hanya membantu semua pihak sama ada pasukan atau pemain.
“Namun, berdasarkan perkara ini
sekurang-kurangnya langkah atau pendekatan yang diambil FAM dalam mencari penyelesaian
(isu tunggakan gaji) nampak positif,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro,
hari ini.
Pada 6 Januari lalu, Shukor
mengemukakan afidavit kepada FAM berkaitan tuntutan tunggakan gajinya bersama
pasukan Melaka United.
MUSA bagaimanapun perlu memastikan
segala isu tunggakan lain dapat diselesaikan sebelum Jumaat ini sekiranya tidak
mahu berdepan pemotongan tiga mata oleh FAM.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 26 January 2020 @ 7:04 PM
Jangkitan Koronavirus meningkat,
80 maut di China
MyMetroUtama
Beijing: Kerajaan China
mengesahkan kes jangkitan koronavirus meningkat kepada 2,744 dengan kematian
mencecah 80 orang setakat pagi ini.
AFP melaporkan, kerajaan negara
terbabit turut menyambung cuti perayaan Tahun Baharu Cina kepada Ahad depan.
Majlis Negeri berkata, langkah
terbabit diambil bagi membantu mengelak penularan wabak berkenaan yang semakin
meningkat.
“Cuti yang menyaksikan 100 juta
orang keluar seluruh negara bagi melawat keluarga sempena perayaan ini akan
berakhir pada Khamis minggu ini.
“Namun, kerajaan akan menyambung
cuti itu kepada 2 Februari ini,” katanya.
Sementara itu, media tempatan
pula melaporkan, lima kes jangkitan terbaharu berlaku di Beijing termasuk dua
bayi berusia sembilan bulan serta dua tahun.
Menteri Suruhanjaya Kesihatan
China Ma Xiaowei berkata, sebanyak 2,400 katil ditambah di hospital dan lebih
5,000 lagi katil dijangka ditambah dalam masa tiga hari akan datang.
“Seramai 2,300 doktor dan jururawat
ketenteraan dihantar ke Wuhan bagi merawat pesakit.
“Memerangi wabak itu bukanlah
sesuatu yang mudah kerana ia boleh merebak dengan cepat walaupun dalam tempoh
inkubasi.
“Malah, ia bertambah kritikal
apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat
pesakit terpaksa kitar semula topeng muka,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 January 2020 @ 10:12 AM
Sabtu, 18 Januari 2020
Khamis, 16 Januari 2020
MUSA lunas tunggakan gaji
SUKAN»Bola
Khamis, 16 Januari 2020 | 11:44pm

Shukor Adan (kiri) dan Syahrul
selepas penyelesaian tunggakan gaji di Melaka, hari ini ini. - NSTP/Nazri Abu
Bakar.
MUSA lunas tunggakan gaji
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA) sudah menyelesaikan tunggakan gaji musim 2019 membabitkan
kesemua pemain tempatannya.
Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad
Rashidi Othman berkata, bayaran berjumlah RM1.1 juta itu turut membabitkan
pemain yang tidak disambung kontrak dan yang masih bersama pasukan untuk musim
2020.
Namun menurutnya, cuma tunggakan
membabitkan tujuh pemain import masih belum diselesaikan dan dijangka akan
dilunaskan dalam tempoh terdekat.
“Segalanya berjalan lancar dan
semua pemain dan bekas pemain amat berpuas hati dengan langkah berkenaan
walaupun sedikit lewat menerusi penyusunan jawatankuasa baharu,” kata Mohamad
Rashidi.
“Dengan bayaran berkenaan
membuktikan janji presiden MUSA Damian Yeo dan pengurusan untuk menyelesaikan
tunggakan akhirnya menjadi kenyataan.”
Sementara itu, penolong pengurus
Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, Shukor Adan yang mewakili bekas pemain Melaka
2019 turut mengucapkan terima kasih di atas usaha Damian menyelesaikan gaji
yang tertunggak berkenaan.
Damian turut merakamkan
penghargaan di atas kerjasama Shukor sepanjang mewakili pasukan Hang Tuah.[1]
Ahad, 12 Januari 2020
Pengalaman beraksi pada final bukan kelebihan – Shukor
SHAH ALAM – Perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun ini adalah yang ketiga berturut-turut buat ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan.
Lantaran itu, sekali lagi
beraksi pada final hari ini sepatutnya bukan masalah besar buat Shukor dan
rakan-rakan seangkatannya seperti Shahurain Abu Samah, Idris Karim dan Mohd.
Aidil Zafuan yang telah bersama sejak tiga musim lalu.
Begitupun, kelebihan
aspek tersebut tidak difikirkan oleh Shukor malahan menganggap kedua-dua
pasukan berpeluang muncul sebagai pemenang hari ini.
“Bermain buat kali ketiga
berturut-turut pada final Piala Malaysia bukan kelebihan muktamad.
“Tiap kali perlawanan
akhir, ia adalah pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar
sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.
“Tambahan pula berdepan
Terengganu yang konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa,
perlawanan esok bukan mudah, ” katanya.
Namun, adat bagi seorang
pejuang, tiada istilah gentar kepada kekuatan Terengganu sebaliknya pemain
berusia 32 tahun itu berjanji akan menggempur habis-habisan skuad Penyu.
“Saya dan pemain lain
akan bermain habis-habisan untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia kembali ke
Negeri Sembilan,” katanya.
Azraai selesa status underdog
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my
PEMAIN Negeri Sembilan menjalani latihan terakhir
di Shah Alam semalam sebelum berdepan Terengganu pada final Piala Malaysia hari
ini.
SHAH ALAM - Seperti bermain psikologi, jurulatih Negeri
Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah lebih selesa jika pasukannya dilabel
sebagai pasukan underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan
pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini,
berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam
saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan
muncul naib juara Liga Super, membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang
lebih konsisten.
"Terengganu sebuah pasukan yang bagus. Mereka
merupakan juara Piala FA dan naib juara Liga Super. Ia menunjukkan mereka
adalah sebuah pasukan yang mantap.
"Berbanding Negeri Sembilan, kami agak
terumbang-ambing dalam saingan Liga Super dan Piala FA, namun kami tidak mahu
itu dijadikan sebagai alasan bagi menghadapi Terengganu.
"Memandangkan ini merupakan perlawanan akhir, kami
akan memberikan segala-galanya jika mahu menang, tiada lagi pilihan lain,
" kata Azraai pada sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di
Stadium Shah Alam, semalam.
Jika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, Azraai
berkata, mereka sudah bersedia mengharungi apa kemungkinan termasuk penentuan
penalti.
"Kalau boleh saya mahu perlawanan selesai dalam 90
minit tetapi jika itu tidak berlaku, kami bersedia bermain dalam masa tambahan
walaupun Negeri Sembilan mempunyai ramai pemain otai (berusia).
"Perlawanan dengan Felda United pada peringkat suku
akhir kedua telah membuktikan kami mampu bermain dengan baik walaupun bermain
dalam masa tambahan dan mampu muncul sebagai pemenang.
"Kami juga telah bersedia daripada segi mental dan
fizikal seandainya sepakan penalti menjadi pemutus kemenangan antara kedua-dua
pasukan, tidak ada masalah, " katanya.
Terengganu jadi pilihan, NS mantap
KUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang
Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.
Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta
dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh
diketepikan.
Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi
kemuncak bola sepak negara hari ini.
Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya
mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali
kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah
pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.
Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan
pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan
prestasi skuad Penyu musim ini.
Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam
saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan
muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang
lebih konsisten.
Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan
kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala
Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman
menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.
Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata,
pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.
“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan
akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.
“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang
berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum
melangkah ke dalam padang.
“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan
mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan
satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.
Jumaat, 10 Januari 2020
Shukor bukan punca Anichebe 'lari'
SUKAN»Bola
Jumaat, 10 Januari 2020 | 5:21pm

Victor Anichebe (kiri) dan Shukor
Adan.
Shukor bukan punca Anichebe
'lari'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Victor
Anichebe selepas didakwa tidak mampu memenuhi permintaan daripada bekas
penyerang Everton itu.
Menurut sumber daripada salah
seorang ejen pemain yang terbabit dalam rundingan itu, mendakwa gaji yang
diminta Anichebe kira-kira AS$40,000 (RM163,000).
"MUSA memang ada runding
melalui orang tengah, cuma mereka tak dapat tunaikan permintaan gaji Anichebe
termasuk yuran menandatangani, bonus gol dan lain-lain.
"Dia (Anichebe) pernah
beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sudah tentu gaji yang diminta agak
tinggi," kata ejen yang enggan dinamakan kepada BH Sukan, semalam.
Dakwaan daripada ejen terbabit
sekali gus menafikan kenyataan Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li yang
dilaporkan berkata beberapa pemain import yang sedang dirunding termasuk
Anichebe menarik diri susulan isu tunggakan gaji bekas pemain Melaka United,
Shukor Adan.
“Mesti lari, saya tidak akan
bagitahu siapa, tetapi antaranya adalah bekas pemain Everton, Victor Anichebe
yang sedang kita runding.
“Walaupun agak mahal, terus
terang saya cakap ia berada dalam bajet MUSA, kerana kita tidak mengambil
pemain import kelima, jadi bajetnya dapat kita tumpukan terhadapnya," kata
Damian seperti dilaporkan salah sebuah portal, kelmarin.
Kemelut antara Damian dan Shukor
tercetus selepas pemain berusia 40 tahun itu mengemukakan afidavit kepada
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin lalu bagi menuntut tunggakan gajinya.[1]
Kuda tua 'power'
SUKAN»Bola
Rabu, 8 Januari 2020 | 8:38pm

BEKAS Pemain Melaka United, Shukor Adan kini beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur. - Foto NSTP
Kuda tua 'power'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Dua pemain veteran Kuala Lumpur, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin membuktikan status 'kuda tua' tidak menjadi halangan untuk memastikan 'saham' mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak jatuh.
Apa yang menarik, Shukor dan Indra yang masing-masing bakal mencecah usia 41 tahun dan 39 tahun pada September ini memiliki tahap kecergasan yang lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda.
Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa selepas dua pemain itu merekodkan keputusan tertinggi pada ujian kecergasan yang dilakukan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
"Kita hantar lapan pemain buat ujian kecergasan berdasarkan sains sukan dan keputusan terbaik adalah Shukor. Umur 40, tapi dia terbaik dan bagaimana nak kata umur seperti itu tak boleh main.
"Memang kita sentiasa bercakap mengenai umur dia 40 tahun, tapi persembahan dia lebih baik dari pemain lain. Indra pun sama, jadi takkan kita nak buang Indra.
"Kadang-kadang kita rasa pemain tua lebih baik dari yang muda. Malah, pemain muda pergi (buat ujian kecergasan) pun ada yang tak lepas," katanya.
Shukor menyertai Kuala Lumpur musim ini dari Melaka United, manakala Indra pula sudah bersama The City Boys sejak musim lalu.
Sementara itu, Shukor menjelaskan antara 'petua' yang diamalkan bagi mengekalkan prestasi termasuk menjaga pemakanan dan melakukan latihan tambahan.
"Alhamdulillah saya sebenarnya tak pernah dapat kecederaan serius sepanjang kerjaya. Saya juga menjaga badan terutama dari aspek pemakanan dan minum air yang mencukupi.
"Satu lagi kita tak boleh mudah selesa dengan apa (pencapaian) yang kita dapat, kerana jika kita mudah selesa, kita tak akan merasai nikmat sebenar dalam bola sepak," katanya.[1]
Khamis, 9 Januari 2020
3 calon kapten pilihan Shukor
Selasa, 17 March 2015 | 12:10am
3 calon kapten pilihan Shukor
Oleh Wan Fakhrul Bakar
wanfakhrul@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perdebatan makin
panas mengenai isu siapa layak memakai lilitan lengan selaku kapten baharu
skuad Harimau Malaya.
Shukor Adan yang sudah pun
mengumumkan persaraan selepas Piala AFF Suzuki 2014 tampil bersuara dia
bercadang ada tiga calon mampu mengisi tempatnya mengetuai rakan sepasukan.
Apa yang pasti ketua jurulatih,
Dollah Salleh harus memilih sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa
menentang Oman di Stadium Seeb, 26 Mac ini.
Kem latihan pusat skuad
kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula, petang esok.
Shukor menilai tiga calon itu
berpandu kepada kemampuan serta karakter mereka baik dalam padang mahu pun di
luar.
Trio calon itu adalah dua pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim, 28, dan Amri Yahyah, 34, serta rakan
sepasukannya di FELDA United, Indra Putra Mahayuddin, 34.
Namun Shukor berkata, Safiq yang
pernah menjadi kapten Harimau Malaya dari 2010 hingga 2013 ketika di bawah
jurulatih Datuk K Rajagobal, termasuk menjulang Piala Suzuki AFF 2010 adalah
calon utama untuk menggantikannya.
"Saya rasa ramai yang boleh
jadi kapten. Masing-masing ada karakter dan wataknya. Saya rasa tidak jadi
masalah kerana ada empat hingga pemain senior yang masih boleh beraksi dan
menjadi kapten.
PEMAIN Harimau Malaya, Amri
Yahyah. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
"Kalau saya rasa yang layak,
mungkin Safiq calon utama bagi saya. Sebelum ini dia pernah jadi kapten dan
tahun ini kita dapat lihat Safiq beraksi amat baik selepas Piala Suzuki AFF
2014.
"Dia dalam proses mendaki
dan membantu JDT apabila beraksi dengan cemerlang. Lepas apa yang kita lihat,
calon utama ialah Safiq. Tapi terpulang kepada jurulatih (Dollah) yang lebih
berhak.
"Amri dan Indra juga layak
jadi kapten. Tapi kalau kita lihat, nampak cenderung kepada Safiq kerana di
peringkat kelab dan antarabangsa, dia memiliki karakter," kata Shukor
kepada BH Online, semalam.
Shukor, 36, yang kini beraksi
dalam Liga Super bersama FELDA United mengumumkan persaraan daripada pentas
antarabangsa selepas aksi final kedua bertemu Thailand di Stadium Nasional,
Bukit Jalil, 20 Disember lalu.
Kem latihan pusat skuad
kebangsaan bermula, petang esok dan sesuatu akan isu mengenai kapten baharu
bakal diketahui.
Shukor turut mencabar muka-muka
baharu yang dipanggil Dollah kali ini, antaranya dua pemain muda dari skuad
Liga Perdana JDT II, Akram Mahinan, 22, dan Che Rashid Che Halim, 21, serta
pemain sayap FELDA United, Ahmad Syamim Yahya, 25, yang pertama kali tersenarai
dapat menunjukkan sesuatu.
PEMAIN Harimau Malaya, Indra
Putra Mahayuddin. - Foto Effendy Abd Rashid
"Mungkin Dollah tak panggil
beberapa muka lama kerana nak beri peluang kepada muka-muka baharu ini. Yang
tak terpilih seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Hafiz
Kamal dan Badhri Radzi sebenarnya masih dalam perancangan Dollah.
"Cuma ini untuk satu
perlawanan saja bertemu Oman. Jadi muka-muka baharu harus menunjukkan kepada
Dollah yang keputusan jurulatih itu menyenaraikan mereka adalah tepat.
"Peluang sudah diberi.
Jangan nanti apabila gunakan pemain yang sama saja, orang akan pertikai Dollah
tak beri peluang kepada pemain-pemain generasi baharu ini," tegas Shukor.
Selain itu, turut kembali
dipanggil menyertai skuad kebangsaan ialah S Chanturu dan Junior Eldstal (JDT),
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor) dan Joseph Kalang Tie (Sarawak) sambil Dollah
hanya mengekalkan 13 pemain dari skuad Piala Suzuki AFF 2014 untuk senarai 20
pelatihnya kali ini.
KAPTEN pasukan Johor Darul Takzim
(JDT), Safiq Rahim. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
"Sesuatu yang positif saya
hormati Dollah, dia akan melihat semua perlawanan walaupun Liga Perdana. Jadi
apa yang kita lihat, Dollah nampak pemain yang berkualiti.
"Sebab itu dia beri peluang
kepada Syamim untuk membuktikan kemampuannya di pentas antarabangsa. Jika lihat
prestasinya kebelakangan ini bersama FELDA United, memang dia berhak dipanggil.
Sebagai rakan sepasukan, saya rasa bangga," jelas Shukor.
INFO
Profil tiga calon kapten Harimau
Malaya
SAFIQ RAHIM
Umur: 28 tahun
Tarikh lahir: 5 Julai 1987
Tempat lahir: Seremban, Negeri
Sembilan
>Posisi: Tengah
>Pasukan semasa: JDT
Pasukan pernah diwakili:
Selangor, KL PLUS
AMRI YAHYAH
Umur: 34 tahun
Tarikh lahir: 21 Januari 1981
Tempat lahir: Tanjung Karang,
Selangor
Posisi: Penyerang/sayap/tengah
Pasukan semasa: JDT
Pasukan pernah diwakili: Selangor
INDRA PUTRA MAHAYUDDIN
>Umur: 34 tahun
Tarikh lahir: 2 September 1981
Tempat lahir: Ipoh, Perak
Posisi: Penyerang/sayap
Pasukan semasa: FELDA United
Pasukan pernah diwakili: Perak,
Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team.[i]
Kuda tua 'power'
SUKAN»Bola
Rabu, 8 Januari 2020 | 8:38pm

BEKAS Pemain Melaka United, Shukor Adan kini beraksi untuk pasukan Kuala Lumpur. - Foto NSTP
Kuda tua 'power'
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Dua pemain veteran Kuala Lumpur, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin membuktikan status 'kuda tua' tidak menjadi halangan untuk memastikan 'saham' mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak jatuh.
Apa yang menarik, Shukor dan Indra yang masing-masing bakal mencecah usia 41 tahun dan 39 tahun pada September ini memiliki tahap kecergasan yang lebih baik berbanding pemain yang jauh lebih muda.
Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa selepas dua pemain itu merekodkan keputusan tertinggi pada ujian kecergasan yang dilakukan di Pusat Perubahan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.
"Kita hantar lapan pemain buat ujian kecergasan berdasarkan sains sukan dan keputusan terbaik adalah Shukor. Umur 40, tapi dia terbaik dan bagaimana nak kata umur seperti itu tak boleh main.
"Memang kita sentiasa bercakap mengenai umur dia 40 tahun, tapi persembahan dia lebih baik dari pemain lain. Indra pun sama, jadi takkan kita nak buang Indra.
"Kadang-kadang kita rasa pemain tua lebih baik dari yang muda. Malah, pemain muda pergi (buat ujian kecergasan) pun ada yang tak lepas," katanya.
Shukor menyertai Kuala Lumpur musim ini dari Melaka United, manakala Indra pula sudah bersama The City Boys sejak musim lalu.
Sementara itu, Shukor menjelaskan antara 'petua' yang diamalkan bagi mengekalkan prestasi termasuk menjaga pemakanan dan melakukan latihan tambahan.
"Alhamdulillah saya sebenarnya tak pernah dapat kecederaan serius sepanjang kerjaya. Saya juga menjaga badan terutama dari aspek pemakanan dan minum air yang mencukupi.
"Satu lagi kita tak boleh mudah selesa dengan apa (pencapaian) yang kita dapat, kerana jika kita mudah selesa, kita tak akan merasai nikmat sebenar dalam bola sepak," katanya.[1]
Khamis, 2 Januari 2020
Shukor yakin ECP lindungi pemain
WARTAWAN SINAR HARIAN | | 31 Disember 2019
Shukor Adan. - Foto: kualalumpurofficial
PELAKSANAAN pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) bermula pada musim 2020 diharap akan mendorong sikap lebih bertanggungjawab segelintir pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang sebelum ini culas pembayaran gaji pemain.
Tonggak Kuala Lumpur, Shukor Adan berkata, dia menyifatkan ECP bakal menjadi satu ikatan yang kuat kepada pasukan untuk menyempurnakan komitmen mereka terhadap para pemain.
Menurutnya, beliau juga pada masa sama mengakui berasa kecewa kerana pemain kerap kali dipersalahkan jika bersuara dalam isu tunggakan gaji sedangkan perkara itu terjadi kerana kegagalan pihak pengurusan menguruskan kedudukan kewangan yang baik.
bagus kerana perkara ini akan hadirkan rasa tanggungjawab persatuan kepada para pemain kerana sebelum-sebelum ini pemain kerap kali dipersalahkan bila keluarkan
“Apa yang saya dengar pasal ECP ini memang kenyataan dalam isu ini sedangkan mereka hanya tuntut hak mereka.
“Sedangkan apa yang pemain minta itu ada terkandung dalam kontrak dan bila janji tidak dilunaskan, pemain kerap kali dipersalahkan.
“Jadi dengan ECP ini saya harap boleh bantu banyak pemain bola sepak kerana tiap pasukan kena sediakan bajet pada awal musim selain perjanjian dengan penaja yang memudahkan perancangan kewangan tiap pasukan dan ini baik kepada pemain,” katanya.
Tambah Shukor yang dipalit isu tunggakan gaji dua musim berturut-turut, dia mengakui simpati dengan nasib pemain-pemain muda yang mahu memulakan karier dalam bola sepak tetapi terperangkap isu tunggakan gaji bersama majikan masing-masing.
Justeru, dia menyeru kepada persatuan bola sepak atau kelab supaya bersikap serius bagi mengikuti langkah pelaksanaan ECP dan bukannya sekadar ‘bagai melepaskan batuk di tangga’.[1]
Langgan:
Catatan (Atom)