Ahad, 24 November 2019

NEGERI SEMBILAN. 2000


Mohd. Hamsani Ahmad, Salim Khamis, Adnan Zin, Ching Hong Aik, Azmi Mohamed, (Noor Isham Ismail), Leong Hong Seng, Shahrizam Mohd., Chow Chee Weng, Mohd. Nor Sheikh  Ibrahim, Effendi Malek, (Azman Adnan), Shukor Adan.[1]



[1] Pahang Tunai Misi Jurulatih, Sukan Utusan Malaysia, hlm.32.

Perlawanan Akhir PIALA MALAYSIA 2011


Oktober 29, 2011 (Sabtu)
FINAL        
Terengganu 1-2       Negeri Sembilan
m-59 Ashari Samsuddin    m-81 S. Kunalan
                                           m-89 Hairuddin Omar
PEMAIN TERENGGANU:
Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

PEMAIN NEGERI SEMBILAN:
Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, Hairuddin Omar.

Sabtu, 23 November 2019

SHUKOR ADAN 2007


2007
Pengendali Selangor, Dollah Salleh menghamburkan sekalung tahniah buat Shukor Adan  atas kemampuan pemain ini menerajui kesebelasan utama skuad gergasi sehingga berjaya mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan malam kelmarin. Pengalaman Shukor menyebabkan Selangor yang bermain dengan 10 orang pemain mampu mencipta kemenangan.[1]


[1] Lokman Zainal Abidin, Shukor Kental, Arena, Harian Metro, Jumaat, 23 Februari 2007, hlm.41.

Rabu, 20 November 2019

Pemain MU bingung

SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 8:08pm
            
Kesebelasan pemain Melaka United pada perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Khairunisah Lokman
Pemain MU bingung
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa pemain Melaka United (MU) berada dalam kebingungan selepas nasib mereka bersama skuad Hang Tuah untuk saingan Liga Malaysia musim depan masih belum diputuskan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Mengikut sumber terdekat, MUSA masih belum mengadakan perbincangan rasmi bersama pemain terbabit yang mana kontrak mereka bakal berakhir hujung bulan ini.

Katanya, apa yang lebih mengecewakan apabila MUSA juga dilihat lebih sibuk mengikat pemain baharu berbanding memutuskan nasib sebenar pemain yang sudah bersama pasukan itu musim ini.

"Setakat ini MUSA belum ada melakukan perbincangan sama ada kontrak beberapa pemain yang akan tamat bulan ini disambung atau sebaliknya.

"Pemain jadi tertanya-tanya, sepatutnya MUSA memberikan kata putus bagi menyenangkan pemain yang tak disambung kontrak mencari pasukan baharu," kata sumber itu kepada BH Sukan, hari ini.

Sebelum ini, MUSA sudah mengikat beberapa pemain untuk mengharungi musim depan termasuk bekas pemain import PKNS, Romel Morales.

Selain itu, sumber berkenaan turut mendedahkan MUSA masih berdepan tunggakan gaji lebih dua bulan kepada pemain.

"Pihak pengurusan MUSA sebelum ini berjanji akan melunaskan tunggakan itu, jadi semua pemain ketika ini hanya tunggu saja," katanya.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/630442/pemain-mu-bingung

Isnin, 18 November 2019

Penjaring 5 gol LS 2009


Mohd Saufi Sa’aidi Perak 
Irwan Fadzli Idrus   KL PLUS    
S. Kunalan    Negeri Sembilan    
Mohd Rafiuddin Rodin      Pulau Pinang
Mohd Irme Mat      Pulau Pinang
Mohd Ezaidy Mohd Khadar        Johor FC     
R. Kartigesu Pahang        
K. Rajan       Kuala Muda Naza  
Muhammad Shukor Adan  Negeri Sembilan.[1]   


[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Liga_Super_Malaysia_2009  


Ahad, 17 November 2019

Biodata Shukor Adan [Kenali Pemain]


Rabu, 25 Januari 2012
Biodata Shukor Adan
Nama Penuh : Mohammad Shukor Adan
Tarikh Lahir : 24 September 1979 ( umur 32 )
Tempat Lahir : Melaka


Shukor Adan - Mempunyai Kemahiran Untuk Membuat Sepakan Percuma
Review Ringkas Mengenai Beliau

Shukor Adan memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan mewakili pasukan bawah 18 tahun Melaka pada tahun 1995 sehingga 1998 . Pada tahun 1998 dia telah ditawarkan untuk beraksi bersama pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan ketika itu .[1]
_________________________________________
[1]http://inform-bola.blogspot.com/2012/01/biodata-shukor-adan-kenali-pemain.html




Ejekan perkara biasa buat pemain bola sepak


Sukan
Ahad, 31 Julai 2016 | 10:57am
Ejekan perkara biasa buat pemain bola sepak
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
PEMAIN FELDA United FC, Mohd Shukor Adan meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MELAKA: Sering diejek 'boo' oleh peminat Melaka United (MU) setiap kali bola berada di kakinya tidak pernah diendahkan Mohd Shukor Adan sepanjang 90 minit permainan ketika pasukannya, FELDA United FC beraksi menentang skuad Hang Tuah di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin.
             
Apapun, walau dalam keadaan sukar Shukor bertindak sebagai pemusnah harapan skuad tempat kelahirannya itu untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia selepas menanduk jaringan kemenangan FELDA United tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Bagi kapten FELDA United itu, ejekan penyokong adalah asam garam dunia bola sepak kerana peminat akan meluahkan isi hati mereka dengan pelbagai cara dan apa yang mereka lakukan itu sekadar untuk menjejaskan rentak permainannya.

"Gol terbabit adalah jaringan pertama saya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Apa yang kurang eloknya ia dihasilkan ketika berdepan MU yang juga skuad tempat kelahiran saya.

"Namun itulah bola sepak, saya terpaksa lakukan untuk pasukan yang saya wakili. Saya mohon maaf pada peminat setia MU dan mereka pasti memahami situasi terbabit.

"Rasa cinta dan kasih sayang saya terhadap skuad Hang Tuah tidak pernah padam walaupun sudah berhijrah lebih 18 tahun meninggalkan skuad yang pernah meletakkan saya mula dikenali sebagai pemain bola sepak sebelum diintai pasukan lain dan membarisi skuad kebangsaan," katanya.

Sebagai pemain veteran dia sentiasa meminta rakan sepasukan sentiasa kental setiap kali dicemuh peminat dan memberikan yang terbaik buat mereka.

Shukor berkata, dia dan peminat bola sepak Melaka mempunyai hubungan yang baik di luar padang dan mengakui mereka adalah antara yang terbaik dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/node/178625

Shukor Adan Sudah Tawar Hati Bersama Melaka United


Jang Suk-won
MFL September 23, 2019
Oleh Dito
Isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) nyata memberi kesan terhadap moral pemain apabila ketua pasukan Melaka United, Shukor Adan dikhabarkan telah tawar hati untuk terus beraksi bersama pasukan bagi baki saingan musim 2019.

Pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Pahang, Shukor tidak diturunkan dan perkara tersebut nyata menimbulkan persoalan. Ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan kemudiannya menjelaskan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu enggan menyarung jersi Melaka bagi baki saingan musim 2019[1].



[1] https://www.vocketfc.com/shukor-adan-sudah-tawar-hati-bersama-melaka-united/

Tunggakan Gaji Shukor Adan Mencecah Sehingga 5 Bulan


Shukor Adan
MFL September 24, 2019
Oleh Dito
Ramai pihak terutamanya peminat setia Melaka United berasa geram dengan isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) sehingga menyebabkan ketua pasukan, Shukor Adan mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi bagi menghadapi baki musim 2019.

Shukor tidak diturunkan pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Pahang pada hujung minggu lalu. Pada mulanya, peminat menyangkakan perubahan tersebut hanyalah perubahan taktikal namun kemudiannya ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan tampil menjelaskan perkara sebenar.

Baru-baru ini, menerusi satu laporan yang diterbitkan Stadium Astro, Shukor dikhabarkan tidak menerima gaji selama 5 bulan terakhir manakala pemain lain mempunyai tunggakan selama tiga bulan.[1]


[1] https://www.vocketfc.com/tunggakan-gaji-shukor-adan-mencecah-sehingga-5-bulan/

Sabtu, 16 November 2019

Piala AFF: Shukor, Safee yakin Harimau mampu 'mengaum kembali'

Sukan
Khamis, 18 Disember 2014 | 3:12pm
Piala AFF: Shukor, Safee yakin Harimau mampu 'mengaum kembali'
PEMAIN Malaysia, Abdul Manaf Mamat (kiri) diasak Fadhli Mohd Shas sambil diperhati rakan sepasukan, Safee Sali dan Shukor Adan (kanan) pada sesi latihan di Stadium Muang Thong Thanee baru-baru ini. - Foto Osman Adnan
BANGKOK: Dua tonggak skuad Harimau Malaya - Safee Sali dan Shukor Adan beranggapan tiada apa yang mustahil untuk pasukan negara bangkit memadamkan defisit kekalahan kepada Thailand, malam tadi.

Dua pemain veteran ini melihat andai Gajah Perang itu dapat menewaskan Malaysia 2-0 dalam saingan final pertama Piala AFF Suzuki di laman sendiri, kenapa tidak mereka juga melakukan yang sama di Bukit Jalil, Sabtu ini.

"Seperti apa pernah jurulatih (Dollah Salleh) katakan sebelum ini, jika Thailand boleh melakukan di halaman sendiri, kenapa tidak kami? Bagi saya, ia tidak mustahil.

"Kalau kita bermain sebagai satu pasukan, mustahil Thailand dapat menembusi pintu gol kita," jelas penyerang kelab Johor Darul Ta'zim itu.

Berkongsi nada yang sama ialah kapten skuad kebangsaan, Shukor yang mengharapkan penyokong tegar tanah air dapat dapat membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi memastikan 'Misi' 2010' dapat diulangi.

"Penyokong mengharapkan sesuatu pada perlawanan ini dan kami gagal, jadi kami harap penyokong dapat terus memberikan sokongan moral kepada pasukan pada aksi kedua nanti.

"Dengan sokongan moral penyokong, Insya-Allah, kita akan cuba beri persembahan yang terbaik," jelas kapten kelab FELDA United FC itu.

Sehubungan itu, sokongan padu puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya amat ditagih pada aksi timbal balik bagi memastikan kejayaan pada 2010 dapat diulangi. – BERNAMA.[1]



[1]https://www.bharian.com.my/node/49790     

Saya tidak akan ubah keputusan, ini kejohanan terakhir - Shukor


Sukan
Ahad, 21 Disember 2014 | 3:43pm
 
Saya tidak akan ubah keputusan, ini kejohanan terakhir - Shukor
RAUT wajah pertahanan Malaysia dan kapten pasukan, Shukor Adan selepas tumpas kepada Thailand secara agregat 3-4 pada perlawanan Akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Kapten Malaysia, Shukor Adan menegaskan kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 kekal penampilan terakhirnya di pentas antarabangsa dan tidak pernah merancang untuk mengubah pendirian itu.

Dipilih jurulatih, Dollah Salleh untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya dengan lilitan kapten, Shukor, 35 menampilkan persembahan terpuji dan menjadi antara pemain utama kejayaan Malaysia mara ke final.

Begitupun, kegagalan skuad negara untuk mempertahankan gawang daripada dibocori Thailand ketika lapan minit perlawanan final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi menyaksikan trofi keagungan itu menjadi milik pasukan jiran.

Malaysia menang perlawanan itu 3-2 namun tewas secara agregat 3-4 kepada Thailand yang mencatat kemenangan 2-0 pada final pertama di Bangkok, Rabu lepas.

"Saya perlu bersara," kata Shukor. "Saya memutuskan inilah kejohanan terakhir saya dan saya tidak mahu mengubah fikiran saya sekarang.

"Saya kembali kerana hormat saya kepada Dollah Salleh dan bermain untuk negara dan saya amat bangga untuk melihat peminat sentiasa berada di belakang kami sepanjang kempen kali ini."

Tambah Shukor, kemampuan Malaysia untuk melangkah ke final edisi kali ini dan hampir menjulang trofi membuktikan tindakan Dollah untuk menyenaraikan kembali sepertinya adalah berbaloi.

"Ada ramai yang mengkritik keputusan jurulatih (Dollah) kerana membawa masuk ramai pemain berusia ke dalam pasukan dan saya lega kami memperoleh peluang untuk membuktikan mereka salah.

"Begitupun, inilah masanya untuk generasi muda pemain Malaysia untuk tampil dan mengambil alih," katanya.[1]



[1]https://www.bharian.com.my/node/49790    

Shukor jadi kapten Harimau Malaya di Piala AFF


Sukan
Selasa, 11 November 2014 | 9:09pm
Shukor jadi kapten Harimau Malaya di Piala AFF
 
KETUA Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh dan Kapten pasukan, Shukor Adan (kiri) pada sidang media di Wisma FAM menjelang perlawanan persahabatan menentang Syria di Stadium Shah Alam pada 12 November 2014. - Foto Osman Adnan
PETALING JAYA: Pemain kebangsaan, Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang bermula pada 23 November ini di Singapura.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.

Dollah berkata pada siri persahabatan antarabangsa menentang Syria, esok, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu di Stadium Shah Alam.

"Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.

Kesebelasan utama yang akan diturunkan, esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti," katanya.

Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Sementara itu, Shukor berkata selepas enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.

"Satu penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah).

"Walaupun mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran. Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya," kata pemain berusia 35 tahun itu.

Mengulas perlawanan antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.

"Kami dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan keserasian sepasukan," katanya.

Kali terakhir Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian jurulatih B Sathianathan. - BERNAMA[i]



[i][i]https://www.bharian.com.my/node/49790   

Shukor minta Harimau kutip mata penuh temu Myanmar, Thailand


Sukan
Khamis, 20 November 2014 | 11:01pm
 
PEMAIN veteran negara, Mohd Shukor Adan (kanan) dipantau oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh ketika latihan di Padang MSN Bukit Jalil menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF 2014. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Pemain veteran negara, Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan untuk mengutip tiga mata penuh pada dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand dalam saingan Piala AFF Suzuki yang di Singapura, Ahad ini.

Pada firasat kapten FELDA United FC itu, jika terlaksana ia bakal mencerahkan peluang skuad Harimau Malaya layak ke separuh akhir.

"Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya.

"Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya," katanya.

Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berkata dia dan rakan sepasukan begitu bersemangat menghadapi edisi ke-10 kejohanan.

Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara terutama di bahagian tengah dan bertekad menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura esok sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu. – BERNAMA.[i]


[i]https://www.bharian.com.my/node/49790  

Rabu, 13 November 2019

Melaka nafi berbelanja sakan


MyMetroArena
 
BERNAMA
PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) hari ini menafikan pasukan itu berbelanja besar bagi menghadapi Liga Super musim depan seperti dilapor portal media tempatan semalam, kata Presidennya Damian Yeo.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak tepat kerana beliau sendiri mengambil inisiatif berunding terus dengan pemain disaksikan ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan serta pegawai kewangan MUSA dan sudah menjimatkan RM50,000 sebulan selepas menandatangani kontrak dengan tujuh pemain setakat ini.

“Saya akan memberikan terma termasuk alternatif (kepada pemain) dan sekiranya tidak berpihak kepada persatuan, ia ditolak bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk MUSA, penaja, penyokong dan kebajikan pemain.

“Namun pengurangan (kos) itu tidak bermakna kualiti bola sepak Melaka akan menurun, tapi akan memberi saingan yang lebih hebat untuk musim Liga Malaysia 2020,” katanya di Melaka hari ini.

Portal berita itu melaporkan MUSA memberi bayangan akan berbelanja besar sekali lagi menjelang persiapan Liga Malaysia musim depan selepas kurang daripada 10 pemain musim ini ditawarkan kontrak semusim lagi bersama kem hijau putih itu.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 2:21 PM

Misi berbeza 2 kapten

Oleh Sufian Abdul Hadi sukan@utusan.com.my
 
MOHD. Shukor Adan (kanan) turun dengan misi menghadiahkan kejuaraan sulung buat Felda, manakala Mohd. Razman Roslan mahu mengembalikan Piala FA kepada Pahang selepas 8 tahun.
SHAH ALAM - Mohd. Shukor Adan turun bersama misi untuk membantu Felda United melakar sejarah merangkul kejuaraan Piala FA buat kali pertama, manakala Mohd. Razman Roslan mahu mengembalikan trofi itu kepada Pahang selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 2006.

Biarpun Felda dilabel sebagai pasukan underdog, Shukor percaya, status tersebut membuatkan dia lebih bersemangat untuk membuktikan skuad The Fighters mampu melakar kejutan.

Pemain tengah yang berasal dari Melaka itu mengakui, semangat pasukannya kini membara setelah dianggap pasukan bukan pilihan dalam perlawanan di Shah Alam, malam ini.

"Bagi saya, dilabel sedemikian tidak memberi masalah untuk jadi juara. Sebelum ini pun mereka tak jangka kami layak sehingga ke tahap ini.

"Ini membuktikan meskipun berstatus kelab, kami dapat menjalankan tugas yang terbaik untuk The Fighters. Memang ramai yang ramal Pahang akan menang, tapi itu tidak mematahkan semangat kami," kata kapten The Fighters itu pada sidang akhbar menjelang final Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.

Sementara itu kapten Pahang, Razman mahu rakan-rakan sepasukan beraksi pada tahap terbaik bagi memastikan Tok Gajah dapat menjuarai Piala FA selepas kali terakhir memiliki trofi tersebut, lapan tahun lalu.

Pemain pertahanan itu berkata, jenteranya sudah bersedia sepenuhnya dan menasihatkan mereka supaya tidak memandang rendah kepada The Fighters.

"Memang kami tidak sabar untuk beraksi di final dan pemain telah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi.

"Kita perlu fokus setiap minit. Masing-masing perlu bertanggungjawab dalam menjalankan tugas," kata pemain berusia 29 tahun itu.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140607/su_01/Misi-berbeza-2-kapten#ixzz33ufLjPkm © Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 11 November 2019

PIALA ANTARA BENUA 2008

Jurulatih: B.Sathianathan

Senarai pemain : Penjaga Gol: Mohd Nasril Nourdin (Perak), Syed Adney Syed Hussein (UPB-MyTeam), Mohd Farizal Marlias (Shahzan Muda).

Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah (Pah), Ahmad Azlan Zainal, S. Subramaniam (Perak), Mohd Nasriq Baharom (Sel), Chun Keng Hong (PP), Mohd Aidil Zafuan (NS), Zairul Fitree Ishak (Kel), Mohd Daudsu Jamaluddin, Sumardi Hajalan (Joh FC).

Tengah: Mohd Shukor Adan, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra (Selangor), Azi Shahril Azmi (Perlis), Mohd Khyril Muhymeen, Badrol Bakhtiar (Kedah), S. Kunalan, Shahurain Abu Samah (NS), Mohd Bunyamin Umar, Mohd Zamri Chin (UPB-MyTeam).

Penyerang: Mohd Safee Sali, Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Mohd Zaquan Adha (NS), Norsharul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Mohd Ashaari Shamsuddin (Ter)..[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/05/intercontinental-cuppiala-antara-benua.html

LIGA SUPER 2011 NEGERI SEMBILAN 0-0 KELANTAN


LIGA SUPER 2011 NEGERI SEMBILAN  0-0 KELANTAN
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN NEGERI SEMBILAN
22 MOHD FARIZAL HARUN
03 TG QAYYUM UBAIDILLAH
06 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
09 SAHURAIN ABU SAMAH
12MUHD SHUKOR ADAN
16 QHAIRUL ANWAR ROSLANI
20 HAIRUDDIN OMAR
21 IRWAN FADLI IDRUS
24 MOHD ALIF SAMSUDIN
27 MOHD FIKRI AZWAN
PEMAIN GANTIAN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 S.SUBRAMANIAM
06 MOHD FARISHAM ISMAIL
08 MOHD SHAKIR SHAARI
09 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
11 DANIAL FADZLEY
12 NURUL AZWAN ROYA
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 MOHD BADHRI RADZI –K
23 S.CHANTURU
24 ZAIRUL FITREE ISHAK

Jumaat, 8 November 2019

Tanggungjawab punca Shukor, Indra diketepi



ARKIB : 17/09/2008
Tanggungjawab punca Shukor, Indra diketepi
KUALA LUMPUR - Selangor tidak melanjutkan khidmat dua pemain kebangsaan, Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin bagi menghadapi musim baru persaingan bola sepak Liga Malaysia kerana gagal menunaikan tanggungjawab di atas padang setelah sekian banyak peluang diberikan kepada mereka, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Khidmat mereka di samping empat lagi pemain musim 2007-2008 iaitu Akmal Rizal Rakhli, Nuraizat Aziz, Wan Hoesne Wan Hussein dan Megat Amir Faisal Al Khalidy Ibrahim juga diberhentikan demi memberi peluang kepada pemain lain membuktikan kemampuan mereka.

Alasan pengguguran ini dinyatakan oleh pengurus pasukan Gergasi Merah, Zakaria Ab. Rahim sambil menafikannya ada kaitan dengan insiden Shukor dan Indra memukul penyokong di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi selepas perlawanan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Jun lalu.

Malah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad menambah: "Antara sebab lain ialah kami tidak dapat memenuhi hasrat mereka yang berkaitan gaji apabila khidmat pemain import ditiadakan sehingga gaji pemain tempatan pula naik melambung."

Sidang akhbar sempena majlis berbuka puasa di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam, turut mengumumkan pelanjutan 13 pemain musim lalu dan menaikkan tiga pemain skuad Bawah 21 tahun Selangor yang menjulang Piala Presiden serta jurulatihnya, P. Maniam ke skuad Liga Malaysia.

Penyerang negara, Safee Sali mengetuai senarai mereka yang dikekalkan selain R. Surendren, P. Gunalan, Amri Yahyah, D. Surendran, Razman Roslan, Amirulhadi Zainal, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Fazilidin Khalid, S. Sritharan, Zaiza Zainal Abidin dan Fadzirul Zakaria.

"Khidmat tiga pemain skuad Piala Presiden ialah Faizul Azwan Shahrullai (penjaga gol), Fitri Shazwan Raduwan dan Fauzan Dzulkifli (pemain tengah) akan digunakan," kata Mokhtar sambil menambah, pencarian ketua jurulatih Selangor menggantikan Dollah Salleh bagaimanapun masih terbuka di kalangan orang tempatan atau warga asing.

"Saya tidak mahu mendedahkan siapa calon atau pasukan asal mereka yang kini dipertimbangkan oleh FAS kerana ia mungkin melibatkan kontrak mereka dengan majikan sekarang. Jawatan ini masih kosong buat sementara kerana ia mungkin sensitif dengan majikannya," kata Mokhtar.

Katanya, Safiq Rahim, Fadzli Saari, Ghani Rahman dan Suffian Ab. Rahman Kungi Raman merupakan empat pemain Selangor musim lalu yang masih belum menandatangani kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh FAS tetapi mereka kini diberikan tempoh tertentu untuk memutuskannya.

Sementara itu, Zakaria meletakkan sasaran meraih Piala Malaysia dan Liga Super musim depan yang bermula 3 Januari ini buat skuad Merah Kuning tetapi ia tidak bererti trofi lain seperti Piala FA dan Piala Sultan Ahmad Shah diabaikan kepentingannya.

"Ia hanya sasaran minimum kerana memanglah kalau boleh saya mahu mengumpul kesemua kejuaraan Liga M tetapi keutamaan kejayaan menjuarai Liga Super ialah bakal memudahkan Selangor menyertai Piala AFC 2010," katanya yang sanggup mempertaruhkan jawatannya jika gagal mencapainya
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz50RSrqCPV
© Utusan Melayu (M) Bhd