Sukan
Khamis, 20
November 2014 | 11:01pm

PEMAIN veteran
negara, Mohd Shukor Adan (kanan) dipantau oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya,
Dollah Salleh ketika latihan di Padang MSN Bukit Jalil menjelang kejohanan
Piala Suzuki AFF 2014. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR:
Pemain veteran negara, Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan untuk mengutip
tiga mata penuh pada dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand dalam saingan
Piala AFF Suzuki yang di Singapura, Ahad ini.
Pada firasat
kapten FELDA United FC itu, jika terlaksana ia bakal mencerahkan peluang skuad
Harimau Malaya layak ke separuh akhir.
"Yang
penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi
menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya.
"Dalam
bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus
sepenuhnya," katanya.
Berkongsi
pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat berkata dia dan
rakan sepasukan begitu bersemangat menghadapi edisi ke-10 kejohanan.
Pemain kelahiran
Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan
utama pasukan negara terutama di bahagian tengah dan bertekad menampilkan aksi
terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih.
Skuad Harimau
Malaya bakal berlepas ke Singapura esok sebagai persiapan awal menghadapi
kejohanan bola sepak dwitahunan itu. – BERNAMA.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan