
MFL September 24, 2019
Oleh Dito
Ramai pihak terutamanya peminat
setia Melaka United berasa geram dengan isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) sehingga menyebabkan ketua pasukan, Shukor
Adan mengambil keputusan untuk tidak lagi beraksi bagi menghadapi baki musim
2019.
Shukor tidak diturunkan pada
perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menentang Pahang pada hujung
minggu lalu. Pada mulanya, peminat menyangkakan perubahan tersebut hanyalah
perubahan taktikal namun kemudiannya ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan
tampil menjelaskan perkara sebenar.
Baru-baru ini, menerusi satu
laporan yang diterbitkan Stadium Astro, Shukor dikhabarkan tidak menerima gaji
selama 5 bulan terakhir manakala pemain lain mempunyai tunggakan selama tiga
bulan.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan