Sukan
Selasa, 11
November 2014 | 9:09pm
Shukor jadi
kapten Harimau Malaya di Piala AFF

KETUA
Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh dan Kapten pasukan, Shukor Adan (kiri) pada
sidang media di Wisma FAM menjelang perlawanan persahabatan menentang Syria di
Stadium Shah Alam pada 12 November 2014. - Foto Osman Adnan
PETALING JAYA:
Pemain kebangsaan, Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab
sebagai kapten pasukan Harimau Malaya di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 yang
bermula pada 23 November ini di Singapura.
Ketua
jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak
kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang
lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan
berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.
Dollah berkata
pada siri persahabatan antarabangsa menentang Syria, esok, Shukor akan
menggalas tanggungjawab itu di Stadium Shah Alam.
"Mungkin
beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini.
Kesebelasan
utama yang akan diturunkan, esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan
utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti," katanya.
Dollah berkata
demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan
persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Sementara itu,
Shukor berkata selepas enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau
sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan
kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.
"Satu
penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya
harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah).
"Walaupun
mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran.
Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki
2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya," kata
pemain berusia 35 tahun itu.
Mengulas
perlawanan antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor
berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain
sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.
"Kami
dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti
pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk
mendapatkan keserasian sepasukan," katanya.
Kali terakhir
Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di
bawah kendalian jurulatih B Sathianathan. - BERNAMA[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan